Saturday, 29 September 2012

Sikap Kita terhadap Quran

Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah interaksi kita dengan Al-Quran?

Bagaimanakah kualiti bacaan Al-Quran kita? 

Bagaimanakah pula dengan penghayatan kita terhadap apa yang tertulis dalam Al-Quran?

Sejauh manakah kita merasakan bahawa Al-Quran itu hidup dalam hati kita, dan hidup kita secara keseluruhannya adakah berpandu kepada acuan Al-Quran? 



Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang memuaskan atau mungkin mengecewakan.

"Eh, aku dah khatam dah waktu darjah 5 dulu tau!"
"Takpelah, aku tak pandai sangat baca Quran, segan la nak tadarus"
"Kalau ada masa lapang aku baca la Quran"
"Ye ke Quran ni lengkap?"
"Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun maknanya. Takpe, dapat pahala jugak"

Kalau begini layaknya sikap kita terhadap Al-Quran, bagaimanakah mungkin diri kita itu terbentuk dengan Al-Quran? 

Bagaimanakah mungkin Al-Quran itu menjadi panduan agung dalam kehidupan kita sedangkan kita tak pernah mengetahui sekalipun pengertiannya? Maka kita harus menyelami hati dan mula memikirkan, bagaimana seharusnya kita bersikap terhadap Al-Quran? Adakah dengan mengambilnya sebagai bahan bacaan "mengisi masa lapang" atau "mesti" cari masa untuk dibaca? Adakah dengan menjadikannya bahan bacaan atau bahan rujukan dalam segenap kehidupan?
Ya, Al-Quran dengan bait-bait kata yang sama inilah yang menjadi perubah kehidupan sebuah bangsa Arab Jahiliah menjadi Khayru Ummah. Al-Quran dengan mesej yang sama sejak dulu inilah yang menjadi inspirasi terbebasnya Constantinopel di tangan Islam. 

Al-Quran dengan suruhan dan tegahan yang sama sejak dulu inilah yang menjadi sebab tertegaknya pemerintahan Islam. 

Namun, mengapakah kita tidak menjadi sebegitu hebat dengan Al-Quran ini? Adakah salah Al-Quran atau salah Umat Islam?

Tadabbur


Ya, tadabbur, itulah kunci yang akan memberikan impak Al-Quran dalam kehidupan kita. 

Menghayati dengan erti kata yang sebenar, meyakini dengan sepenuhnya dan membawa segala mesej tersebut untuk dipraktikkan dalam kehidupan. 

Al-Quran bukan semata-mata untuk para Qari yang sedap dan merdu bacaannya. Al-Quran juga bukan hanya untuk ahli tafsir yang diberikan petunjuk oleh Allah untuk menggali segala persoalan dalam Al-Quran. Al-Quran bukan hanya untuk ustaz-ustaz yang memetiknya untuk dijadikan bahan ceramah. Namun Al-Quran untuk semua, untuk panduan umat manusia secara keseluruhannya. Maka setiap daripada kita wajib mendalami dan menghayati Al-Quran, menjadi "Al-Quran yang bergerak", hidup dengan acuannya.

"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya." (An-Nisa', 4: 82)

"(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?" (Muhammad, 47: 24)

Maka sekarang kita perlu mengubah orientasi pemikiran. Kalau sebelum ini Al-Quran itu kita anggap sebagai bahan bacaan, sekarang mari melangkah setapak dengan menjadikannya sebagai bahan penghayatan. Bahan rujukan untuk segenap isu dalam kehidupan. Bahan penyelesaian kepada segala permasalahan yang dialami dan dirasai. 

Berpandukan kepada kitab-kitab tafsir yang ditulis oleh para Ulama' seperti Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Fi Zilalil Quran Syed Qutub dan tafsir-tafsir lain, kita selak dan kita dalami Al-Quran. InsyaAllah, hidup kita akan menjadi semakin terarah dan semakin membaik kerana kita mengambil sebuah panduan yang tidak bengkok sama sekali.

"Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)." (Al-Kahfi, 18: 1)

 Jom kita berubah bersama Al-Quran! :)


Friday, 28 September 2012

Malam Jumaat yang Barakah :)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, kita masih lagi dapat bernafas di bumi Allah ni. Dan hari ni hari yang sering aku tunggu-tunggu. Hari Khamis. Apa istimewanya hari ni?

Yup, hari ni aku dapat pulang ke rumah tau! YAY! :D Bukan senang nak balik ni, walaupun rumah tak lah terlalu jauh dari tempat aku belajar. Dalam 1 jam lebih, sampailah. Kalau ikutkan memang tiap minggu nak balik, tapi kebelakangan ni bebanan esaimens yang melampau menyebabkan aku tak dapat nak pulang berjumpa famly kesayanganku... :'( 

Ok, tertuka topik pulak.hehe. Sebenarnya apa yang paling aku tunggu-tunggu hari Khamis ni untuk berada pada malam Jumaat. Seboleh-bolehnya aku cuba untuk praktiskan sebanyak yang boleh sunnah Nabi pada hari yang mulia ini.. moga-moga mendapat syafaat daripada Rasulullah di akhirat kelak.. :)


Katakanlah (wahai Muhammad), "Jika benar kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya kamu akan dikasihi Allah." -Ali 'Imran: 31

Ni adalah serba sedikit amal-amal sunnah yang boleh kita praktikkan pada hari Jumaat :


klik utk tumbesaran ;) 

Selain tu, sebagai persediaan menyambut hari Jumaat, kita boleh cuba praktikkan 5 adab ni :

1.Mandi
2.Memakai pakaian terbaik dan sunat berwarna putih
3.Memakai wangi-wangian
4.Memotong kuku dan mengunting bulu yang dibolehkan
5.Melumurkan badan dengan minyak, losen atau krim
Kalau lima adab ini dapat kita amalkan, maka kita telah dapat sunnah hari Jumaat, insyaAllah :)

Bagi muslimin, saudara-saudara jugak boleh menambahkan lagi amalan sunnah hari Jumaat. Cuba praktikkan adab-adab keluar masjid ni :

1.Berjalan ke masjid selagi mampu dan berdekatan juga boleh memandu kenderaan kemudian berjalan dari kereta ke masjid
2.Masuk ke masjid awal sebelum imam berada di mimbar
3.Menunaikan solat tahayyatul masjid (walaupn khatib telah naik ke mimbar dan berkhutbah)
4.Mendekati imam (berada di saf paling hadapan)
5.Memberi perhatian tehadap khutbah yang disampaikan

**Ni pula adab pada hari Jumaat dan malamnya :

1.Membaca surah al Kahfi (kalau tak sempat baca 10 ayat awal & 10 ayat akhir)
2.Memperbanyak selawat kepada Nabi Muhammad saw
3.Banyakkan berdoa kerana di hari Jumaat waktu yang doa mustajab
Selamat beramal & semoga kita sama-sama mendapat syafaat Rasulullah s.a.w. di akhirat nanti...insyaAllah :)



Sumber rujukan: al Habib Muhammad as Seggaf (fattabiouni)



Thursday, 27 September 2012

Hidayah dan Ber-Hijrah

Post kali ni saya tujukan khas buat sahabat-sahabat saya yg bergelar muslimah..


Sahabat-sahabat semua tentu tahu batas-batas aurat kita kan? Jadi, mari kita sama-sama jaga aurat kita ye.. Sape-sape yang terdetik hati nak mula bertudung tu, jangan tunggu lama-lama, teruskan niat anda kerana tu adalah lintasan hidayah daripada Allah.. :)♥



Sungguh..
Hidayah yg Allah anugerahkan tu
Betul2 MAHAL nilainya..
Jadi bagi yg beroleh hidayah Allah tu,
ketahuilah bahawa anda adalah d antara hambaNya yg terpilih..
Hargailah, genggamlah erat2, jangan sampai terlepas..
Manisnya rasa bila hati terpanggil, terkesan dengan hidayahNya..
Tak mungkin dapat dirasai buat kali kedua..
Tidakkan sama rasanya


kerana kali yg pertama tu lebih terasa kemanisannya.. :')





Sahabat-sahabat semua masih muda bukan? Orang yang berjaya HIJRAH DIRI kepada kebaikan dalam usia muda adalah orang yang sangat-sangat beruntung & bertuah malah lebih beruntung daripada orang yang sudah lama hidup di dunia tetapi tidak berubah-ubah.

Bila Allah SWT temukan kamu dengan jalan yang diredhainya, janganlah beralih ke jalan yang lain lagi kerana takut sesudah itu tiada jalan petunjuk untuk kamu lagi.


Semoga terus istiqamah ya ikhwan wa akhwat fillah :)



♥ Ya Allah, nikmatnya hidayah-Mu ♥


Tuesday, 25 September 2012

Hari Perasmian *woot woot


*cutting ribbons*
(konon dirasmikan besar-besaran :p)

Alhamdulillah. Akhirnya Allah telah menggerakkan hati aku untuk menyambung kembali perjuangan di medan penulisan. Ya, aku pernah mempunyai beberapa blog sebelum ini, tapi terpaksa ditutup kerana kebanyakan ceritanya kisah lamaku yang tidak perlu dihebohkan. ye dak?hehe. What past, is the past. Yang baik bisa dikenangkan, tapi yang buruk usah dibimbangkan tapi jadikan pengajaran. 

Ada beberapa sebab aku nak menulis semula. Salah satunya apabila baca kata-kata dari Saidina Ali r.a. ni, hormon nak menulis tu melonjak-lonjak tau..tulis tu, insyaAllah yang baik-baik aja..hehe

"Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]

Keduanya sebab umi selalu pesan ; 
"Keep writing ur experiences, lagi-lagi bila nak jadi cikgu ni mesti rajen-rajen" :) 
InsyaAllah, dengan izinnya akan aku cuba untuk berkongsi apa jua ilmu yang aku dapat dalam trainee nak jadi cikgu ni.. ;)

Cukuplah dulu celoteh perasmian blog ni. 

Sekian, wassalam :)