Untuk menjadikan penulisan di dalam blog ini
bersifat ilmiah, saya kongsi cara untuk menulis bibliografi / senarai
rujukan yang diambil dari web Laman Khas Guru Perpustakaan & Mediasupaya
mudah saya mengingati formatnya. Kadang kala saya akan salin dan tampal hasil
penulisan milik orang lain di blog ini. Lazimnya saya akan menulis
dari mana saya perolehi artikel tersebut untuk menghormati pemilik asal artikel
itu.
SEKTOR PERKHIDMATAN SUMBER PENDIDIKAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
APA DIA BIBLIOGRAFI?
- Satu senarai bahan seperti buku, majalah atau bahan cetak lain yang
boleh dijadikan bahan rujukan untuk mendapatkan maklumat.
- Satu senarai bahan dari mana rujukan telah dibuat untuk menulis
berkenaan dengan sesuatu perkara.
MENGAPA PERLU BIBLIOGRAFI?
- Mengesan sumber dari mana maklumat boleh diperolehi bagi tujuan
merujuk mengenai sesuatu perkara.
- Mengesan sumber dari mana sesuatu maklumat yang dinyatakan oleh
seseorang penulis telah dijumpai.
- Menyemak dan mempastikan kebenaran sesuatu maklumat yang dinyatakan
oleh seseorang penulis.
- Membekalkan sumber kepada pembaca yang bertujuan membuat rujukan
lanjutan berkaitan maklumat yang telah dinyatakan oleh penulis.
Apakah bahan yang boleh dijadikan komponen
bibliografi?
Segala jenis bentuk bahan [buku,artikel dalam
majalah/jurnal/akhbar, filem, program komputer dll.] boleh dijadikan sumber
bagi menulis bibliografi.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
1. Penulisan bibliografi bermula dengan nama pengarang
- Nyatakan nama pengarang seperti yang tercatat pada bahan. Jika buku
– nama seperti yang tercatat pada muka surat judul.
- Nyatakan NAMA Penuh pengarang jika Melayu. Jika bukan
Melayu,nyatakan NAMA KELUARGA dan diikuti dengan tanda koma dan kemudian
singkatan huruf bagi setiap nama berikut pengarang berkenaan. Setiap
singkatan nama diakhiri dengan noktah.
- Jika DUA pengarang, nyatakan kedua-duanya dan gunakan simbol
‘&’ di antara kedua-dua nama. Jangan gunakan perkataan ‘dan’.
- Jika LEBIH DARI DUA pengarang nyatakan hanya nama pengarang yang
muncul terdahulu dalam muka surat judul dan diikuti dengan singkatan
‘et.al.’ yang bermaksud ‘dan lain-lain’
- Pangkat pemberian seperti DYMM, Datuk, Dr.. Haji dan Tuan tidak
dinyatakan. Namun pangkat nama asal seperti Syed, Tunku, Raja, Nik dan
lain-lain perlu di tulis.
- Jika tiada pengarang anda boleh memilh:
- Penyunting diikuti dengan (penyunting)
- Penerbit diikuti dengan (penerbit)
- Penyampai diikuti dengan (penyampai)
- Judul buku
- Judul artikel/kertas kerja
- Judul bahan bukan cetak diikuti dengan [jenis media]
Mengikut mana yang boleh didapati sebagai ganti tempat pengarang.
2. Nyatakan tahun
penerbitan dalam kurungan ( ) atau tanpa kurungan dan diakhiri
dengan noktah.
3. Nyatakan JUDUL bahan
dengan penuh (jika buku – seperti yang tercatat pada muka surat judul), gariskan
dan diakhiri dengan tanda noktah. Italik boleh digunakan
mengantikan garisan.
- JUDUL di sini bermaksud tajuk buku, nama majalah, jurnal atau surat
khabar dan BUKAN tajuk sesuatu artikel di dalam bahan berkenaan.
- Gunakan huruf besar hanya untuk huruf pertama perkataan pertama
judul.
4. Jika sumber merupakan sebuah artikel/kertas
kerja di dalam sebuah buku/majalah/jurnal (atau
lagu dalam sebuah album) dan terdapat nama pengarang artikel, judul artikel
ditulis tanpa digariskan dan diakhiri dengan noktah SEBELUM menulis judul judul
bahan.
5. Jika bahan merupakan edisi
yang baru, nyatakan edisi dalam kurungan seperti (Edisi ke
2) SETELAH menulis judul bahan
6. Nyatakan tempat
terbitan dengan ringkas dan akhiri dengan tanda : (titik
bertindih). Kemudian nyatakan nama penerbit dengan ringkas.
- Akhir dengan koma jika perlu menulis jilid atau halaman rujukan.
- Jika tidak, akhiri dengan noktah.
7. Jika bahan merupakan akhbar,
majalah atau jurnal, akhiri judul bahan tanda
koma dan tuliskan butiran jilid yang diakhiri dengan koma seperti berikut:
a)akhbar – tarikh dan bulan The Star,29 Mac,
b)majalah bulanan – bulan Wanita,Julai,
c)terbitan berkala – jilid (digariskan) Wawasan, 5,
jilid (bilangan dlm kurungan) Pendidik, 15 (2)
a)akhbar – tarikh dan bulan The Star,29 Mac,
b)majalah bulanan – bulan Wanita,Julai,
c)terbitan berkala – jilid (digariskan) Wawasan, 5,
jilid (bilangan dlm kurungan) Pendidik, 15 (2)
8. Nyatakan muka surat (halaman)
rujukan jika telah merujuk kepada halaman tertentu dalam bahan selepas butiran
penerbit atau jilid. Tuliskan dalam bentuk – hlm 25 atau hlm 203-206 (boleh
ditulis tanpa singkatan hlm) dan akhiri dengan noktah. Jangan mulakan dengan
tanda : (contoh :hlm 25) Tanda : hanya digunakan untuk catatan dalam teks)
9. Jarakkan setiap
butiran di atas dengan hanya satu ensotan (space).
10. Semua butiran bibliografi perlu ditulis
dalam ayat-ayat yang berterusan dan
aksara pertama baris itu diensotkan 5 ensotan berbanding baris kedua.
11. Bibliografi disusun
mengikut abjad perkataan pertama penulisan
bagi setiap bahan yang ada di dalam senarai bahan rujukan.
12. Ringkasan kandungan bahan boleh ditulis dalam
dua atau tiga ayat yang ringkas diakhiri bibliografi bagi tujuan mengingatkan
penulis atau mengenalkan pembaca tentang jenis serta kandungan bahan yang
menjadi rujukan itu. Ia dikenali sebagai ANOTASI. Walau bagaimanapun ANOTASI
jarang ditulis dalam bibliografi.
FORMAT PENULISAN
1. SATU pengarang.
Pengarang (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
Asmah Omar (1986). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Pengarang (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
Asmah Omar (1986). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
2. DUA pengarang.
Pengarang & Pengarang Bersama (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit, halaman rujukan.
Contoh:
Mok, S. C. & Lee, S. M. (1986). Kurikulum baru sekolah rendah ‘Tahap 1’. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia).

3. TIGA pengarang atau lebih.
Pengarang Utama et. Al. (tahun terbitan). Judul bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit, halaman rujukan.
Contoh:
Nazaruddin Mohd Jali, et. Al (1989). Aktiviti kajian penyelidikan dan penilaian di bawah pinjaman Bank Dunia 1986-1990: Pengurusan kemudahan sekolah termasuk pusat sumber pendidikan bagi sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah – ringkasan eksekutif. Kuala Lumpur: Kementerian pendidikan malaysia, hlm 27.

4. Tulisan dalam sebuah bab buku atau artikel dalam
sebuah majalah.
Nama pengarah (tahun terbitan). Tajuk artikel/ bab. Judul bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit, Jilid (bilangan), halaman rujukan pertama, halaman rujukan kedua.
Contoh:
Abdullah Bakri (1990). Pusat kegiatan guru dalam konteks difusi dan penerapan teknologi pendidikan. Wawasan. 15 (4), hlm 47-57.

5. Tiada nama pengarang tetapi ada nama penerbit.
Nama penerbit. (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
Nama penerbit. (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
- Malaysia. (1976). Rancangan Malaysia ke tiga 1976-1980.
- Kementerian Pendidikan Malaysia. (1982). Report of a study
tour to the Netherlands, Great Britain,India and Sri Lanka. Kuala
Lumpur: Malaysia, Kementerian Pendidikan, Bahagian penyelidikan dan
perancangan pendidikan.
- Kementerian Pendidikan Malaysia (1991a). Laporan status
pusat kegiatan guru (PKG).Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian
pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.
- Kementerian Pendidikan Malaysia (1991b). Pusat kegiatan
guru [risalah maklumat]. Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian
pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.
- Kementerian Pendidikan Malaysia (1991c). Pusat kegiatan
guru – konsep dan pengoperasian. Kertas kerja mesyuarat
jawatankuasa perancangan pendidikan. Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian
pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.
6. Tiada pengarang tetapi ada PENYUNTING.
Nama penyunting (penyunting) (tahun terbitan). Tajuk artikel/bab. Judul bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit, halaman rujukan.
Contoh:
Ankrah-Dove, L. (penyunting) (1977). Teacher group and centers in developing countries. London: t.p.

7. Bahan bukan cetak.
Judul bahan [jenis media] (tahun terbitan). Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
DOS 6.0 [program komputer] (1993). Amerika Syarikat: Microsoft technology.
Judul bahan [jenis media] (tahun terbitan). Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
DOS 6.0 [program komputer] (1993). Amerika Syarikat: Microsoft technology.
Nama penerbit/pengubah (penerbit/pengubah). Nama
pengarah/penulis lirik (pengarah/penulis lirik) (tahun terbitan). Tajuk
lagu. Judul album [jenis media]. Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
Julie Dahlan (penerbit), Aziz M.Osman (pengarah) (1994). Putera [filem]. Kuala Lumpur: J.D. Productions.
Contoh:
Julie Dahlan (penerbit), Aziz M.Osman (pengarah) (1994). Putera [filem]. Kuala Lumpur: J.D. Productions.
8. Artikel akhbar dengan nama pengarang.
Nama penulis (tahun terbitan). Judul artikel. Judul akhbar. Tarikh terbitan.
Contoh:
Shahrul Azil Mohd Shukor (1994). Melahirkan golongan ulama era permodenan. Berita harian. 11 Mac.
Nama penulis (tahun terbitan). Judul artikel. Judul akhbar. Tarikh terbitan.
Contoh:
Shahrul Azil Mohd Shukor (1994). Melahirkan golongan ulama era permodenan. Berita harian. 11 Mac.
9. Artikel akhbar tanpa nama pengarang.
Judul artikel (tahun terbitan). Judul akhbar. Tarikh terbitan.
Contoh:
Kerajaan tambah 150 lagi pusat kegiatan guru (1992). Berita harian. 22 Oktober.
Judul artikel (tahun terbitan). Judul akhbar. Tarikh terbitan.
Contoh:
Kerajaan tambah 150 lagi pusat kegiatan guru (1992). Berita harian. 22 Oktober.
10. Perkara yang dialami sendiri oleh penulis.
Nyatakan dengan seberapa tepat butiran penyampai, majlis dan tempat majlis berlangsung.
Contoh:
Othman Jantan (penyampai) (1993). Taklimat pengoperasian pusat kegiatan guru kepada pengetua dan guru besar daerah Hulu Selangor di PKG Sg. Choh Rawang Selangor.

CONTOH-CONTOH CATATAN DALAM TEKS
1. Berdasarkan NAMA PENGARANG
a) Asmah (1986) pula menyatakan persepsi adalah
merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental…………. .
b) …….. dan pancaindera manusia yang terlibat dalam menyedari, menyaksi dan mentafsir kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam sekelilingny (Asmah Omar, 1986).
c) Dalam konteks ini Abdullah Bakri (1990) ada menyebut:

“PKG jangka …………………….………………………………….…………” (Abdullah
Bakri, 1990:48)
d) The teachers’ centre relies on practising
teachers defining and initiating their own in-service work (Husen &
Postlethewaite, 1985 : 5045 – 5046).
e) Dari segi ruang, Nazaruddin et. Al., (1989) telah membuat perakuan berikut:
e) Dari segi ruang, Nazaruddin et. Al., (1989) telah membuat perakuan berikut:
“Diandaikan juga ………………….………………….bilik mandi dan
bilik rehat (Nazaruddin et.al., 1989;27
f) ………. Seperti yang telah diterjemahkan oleh
Zainal Abidin (1990) dari Johansen (1975).
g) Kamil (1987) ada menyebut bahawa Thomas (1984) telah mendapati bahawa tidak semua yang ada di PKG aitu berguna untuk guru (Kamil Ahmad, 1987:23).
g) Kamil (1987) ada menyebut bahawa Thomas (1984) telah mendapati bahawa tidak semua yang ada di PKG aitu berguna untuk guru (Kamil Ahmad, 1987:23).
2. Bahan tanpa nama pengarang
a) Dari itu timbullah keperluan mengadakan satu
rangkaian Pusat Sumber Pendidikan yang lengkap dan sistematik di setiap
peringkat pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990:5)
b) Memandangkan kepentingan PKG, kerajaan akan menambah lagi 150 buah bangunan PKG diseluruh negara (Berita Harian, 22.10.92)
c) Sesungguhnya PKG amat penting kepada pembangunan pendidikan di negara Malaysia (Dewan Masyarakat, Mei 1994).

3. Rujukan daripada beberapa bahan yang diterbitkan
dalam tahun yang sama oleh orang/badan yang sama.
a) PKG menjurus ke arah satu matlamat membudayakan
teknologi pembelajaran di kalangan guru-guru (Kementerian Pendidikan Malaysia,
1991a:7).
b) Setiap bangunan berharga RM200,000 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991b:1).
b) Setiap bangunan berharga RM200,000 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991b:1).