Wednesday, 27 March 2013

Kenapa Tiba-tiba Masuk.....

Haa, jangan nak pikir bukan-bukan. Ni cite pasal belajar je okey..kehkeh :p


Sedar tak sedar dah nak habis pun bulan 3 kan? Cepat betul masa tu berjalan.

Sem ni pulak baru je nak mula Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Dalam ayat yang mudah, baru Sem 1 la kiranya. Sebelum ni setahun setengah untuk Program Persediaan dulu. Fuh, lama betoi persediaan.. *jeles dengan kengkawan lain sume dah lama masuk degree..uhukks uhuks


Alhamdulillah, dalam 3 bulan ni, banyak jugak belajar pasal kaunseling ni. Makin lama, makin jatuh cintan sama psikologi ni..hihi. Bukan ape, bila belajar psikologi ni, view kita pada manusia dah lain. Tengok orang tu, dah boleh mula buat assumption dah. Jadi, hati-hati la sapa yang lalu depan I nanti.. *gelak jahat


Satu lagi benda best belajar psikologi ni, di samping membantu orang lain dalam menyelesaikan masalah, boleh jugak nak baiki diri sendiri. Ada hikmahnya masuk bidang ni walaupun agak menyimpang dari cita-cita yang nak jadi dokter dari kecik. 


Tak pelaa, jadi doktor psikologi pun okey per..hehe :p




Setakat ni dah belajar 6 Teori Kaunseling - Teori Psikoanalisis, teori Behaviouris, teori realiti, teori REBT, teori Transaksional Analisis & Teori Adlerian. 3 lagi teori sambung lepas cuti sekolah ni. Fuh, berpeloh ketiak tengok senarai teori ni masa awal-awal sem aritu. Bannnyyyyaakk sangat teori yang kena master. 


Awal-awal lagi lecturer dah warning jangan main-main sem ni. Haa, jangan main-main, kaunseling pun susah jugak, tahu? ;)

Apepon, saya budak baru belajar, kalo ada salah tolong tunjukkan ye kakak-kakak, abang-abang, makcik pakcik, tuan puan & cikgu-cikgu sekalian..