Sunday, 25 November 2012

Taharah: Mandi Wajib

nota ringkas daripada rancangan "30 minit Ustaz Don" tajuk "Taharah: Mandi Wajib"

Antara sebab-sebab perlu mandi wajib ialah:
1) bersetubuh
2) mengeluarkan air mani
3) mati
4) haid
5) nifas
6) wiladah

Cara-cara mandi wajib:

terdapat 2 Rukun (fardhu) sahaja iaitu: NIAT & MERATAKAN AIR

1) NIAT apabila air tekena pada anggota badan
"Nawaitu raf'al hadasil akbari lillahi taala" Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala

boleh baca secara lisan atau di dalam hati

2) MERATAKAN AIR

-wajib menghilangkan najis/ perkara-perkara yang menghalang air kena pada kulit
-ratakan air juga pada rambut panjang (kulit kepala semua kena air)
-ratakan ke seluruh badan (disunatkan mula sebelah kanan 3x, diikuti sebelah kiri)
-wajib duduk mengcangkung dan ratakan air di celah-celah kemaluan (bila berdiri, tidak akan terkena di kawasan yang sulit)


Soalan yang sering ditanya:

1) Bolehkah bersabun sebelum mandi wajib?
Jawapan Ustaz Don: boleh, disunatkan tapi bila ada perkara yang menghalang air kena kulit, maka jadi wajib


2) Adakah perlu berwuduk?
Jawapan Ustaz Don: bahkan sunnah nabi berwuduk sebelum mandi wajib

3) Cara meratakan air
Jawapan Ustaz Don: Dahulukan dan utamakan bahagian badan sebelah kanan (gosok 3x) diikuti bahagian badan sebelah kiri.

4) Selepas mandi wajib, kalau tangan terkena bahagian sulit, adakah batal wuduk?
Jawapan Ustaz Don: kalau menyentuh guna tapak tangan akan batal wuduk, tapi belakang tapak tangan tidak batal. 



boleh rujuk kembali :

sekian, wassalam


Saturday, 10 November 2012

Tika Si Ayah Mendidik Erti Mukmin Sejati


Malam tadi, si kecil bertanyakan mengenai makna soleh kepada ayahandanya. Hari ini, pagi-pagi lagi anak berumur 7 tahun mendapatkan ayahnya.

Anak: "Ayah, malam tadi saya dah hafal makna Soleh yang ayah ajar dari Surah ali Imran ayat seratus empat belas."

Ayah: "Alhamdulillah.."

Anak: "Nak tanya lagi boleh tak?"

Ayah: "Boleh...." ( senyum )


Anak: "Macam mana ya ayah ciri-ciri org Islam yang beriman kepada Allah dan hari akhirat yang sejati?"

Ayah: "Maksudnya, ciri mukmin sejati la ni ya?"

Anak: "Haaa itulah yang saya nak tahu. Boleh tak ayah terangkan dengan paling ringkas sekali macam malam tadi sebab senang saya nak hafal sikit..hee"

Ayah: "Baik. Rasulullah SAW bersabda:

Man Sarrat-hu Hasanatuhu wa Sa'athu Sayyi-a-tuhu fazaalikal mu'min ( ayah ulang bacaan arab sebanyak 10 kali )"

Anak: "Man Sarrat-hu Hasanatuhu wa Sa'athu Sayyi-a-tuhu fazaalikal mu'min. Baik, dah hafal dah ayah. Apa maknanya?"


Ayah:
"Sesiapa yang berasa gembira apabila dia melakukan amal baik dan berasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri mukmin sejati."

Anak: "Wahhh! ( mata si anak bersinar-sinar macam ada bintang-bintang dalam mata )

Ayah: "Hafal pastu bagitau ummi pula ya :) "

Anak: "Baik! Terima kasih ayah!" ( cium tgn ayah lama-lama kemudian berlari-lari menuju ke arah umminya )

Dalam hati si ayah, berdoa sekali lagi moga-moga anaknya tidak hanya menampakkan minat pada agama di masa kecil sahaja, tetapi berterusan hingga akhir hayatnya. Aamiiiin.