Alhamdulillah, kita masih lagi dapat bernafas di bumi Allah ni. Dan hari ni hari yang sering aku tunggu-tunggu. Hari Khamis. Apa istimewanya hari ni?
Yup, hari ni aku dapat pulang ke rumah tau! YAY! :D Bukan senang nak balik ni, walaupun rumah tak lah terlalu jauh dari tempat aku belajar. Dalam 1 jam lebih, sampailah. Kalau ikutkan memang tiap minggu nak balik, tapi kebelakangan ni bebanan esaimens yang melampau menyebabkan aku tak dapat nak pulang berjumpa famly kesayanganku... :'(
Ok, tertuka topik pulak.hehe. Sebenarnya apa yang paling aku tunggu-tunggu hari Khamis ni untuk berada pada malam Jumaat. Seboleh-bolehnya aku cuba untuk praktiskan sebanyak yang boleh sunnah Nabi pada hari yang mulia ini.. moga-moga mendapat syafaat daripada Rasulullah di akhirat kelak.. :)
Katakanlah (wahai Muhammad), "Jika benar kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya kamu akan dikasihi Allah." -Ali 'Imran: 31
Ni adalah serba sedikit amal-amal sunnah yang boleh kita praktikkan pada hari Jumaat :
klik utk tumbesaran ;)
Selain tu, sebagai persediaan menyambut hari Jumaat, kita boleh cuba praktikkan 5 adab ni :
1.Mandi
2.Memakai pakaian terbaik dan sunat berwarna putih
3.Memakai wangi-wangian
4.Memotong kuku dan mengunting bulu yang dibolehkan
5.Melumurkan badan dengan minyak, losen atau krim
1.Mandi
2.Memakai pakaian terbaik dan sunat berwarna putih
3.Memakai wangi-wangian
4.Memotong kuku dan mengunting bulu yang dibolehkan
5.Melumurkan badan dengan minyak, losen atau krim
Kalau lima adab ini dapat kita amalkan, maka kita telah dapat sunnah hari Jumaat, insyaAllah :)
Bagi muslimin, saudara-saudara jugak boleh menambahkan lagi amalan sunnah hari Jumaat. Cuba praktikkan adab-adab keluar masjid ni :
1.Berjalan ke masjid selagi mampu dan berdekatan juga boleh memandu kenderaan kemudian berjalan dari kereta ke masjid
2.Masuk ke masjid awal sebelum imam berada di mimbar
3.Menunaikan solat tahayyatul masjid (walaupn khatib telah naik ke mimbar dan berkhutbah)
4.Mendekati imam (berada di saf paling hadapan)
5.Memberi perhatian tehadap khutbah yang disampaikan
**Ni pula adab pada hari Jumaat dan malamnya :
1.Membaca surah al Kahfi (kalau tak sempat baca 10 ayat awal & 10 ayat akhir)
2.Memperbanyak selawat kepada Nabi Muhammad saw
3.Banyakkan berdoa kerana di hari Jumaat waktu yang doa mustajab

Selamat beramal & semoga kita sama-sama mendapat syafaat Rasulullah s.a.w. di akhirat nanti...insyaAllah :)♥

No comments:
Post a Comment