Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday, 23 October 2012

Adab Menghadap Kekasih Hati

Pernah tak anda menghadapi situasi ini? Sedang asyik belajar atau melakukan kerja di pejabat, anda terdengar azan berkumandang. Walaupun anda sedar yang sepatutnya anda meninggalkan kerja dan segera bersiap untuk solat, anda terasa berat untuk berhenti rehat seketika.

Anda fikir, 'Aku nak habiskan kerja ni dulu. Tinggal sikit lagi ni. Selepas tu aku solat lah.' Sejam kemudian, ketika waktu solat hampir habis, anda mendapati kerja anda masih belum siap dan solat masih belum dilaksanakan.

Sebenarnya, bukan mudah untuk menjaga solat. Bukan mudah, sebab perlukan mujahadah. Jadi apa yang boleh kita buat? OK, cuba kita bayangkan waktu solat itu sebagai waktu kita ber'dating' dengan Allah SWT, cinta pertama dan utama kita.

Apa? Tak pernah ada pengalaman ber'dating' sebab belum berkahwin?

Cuba bayangkan anda akan bertemu kekasih-jantung-buah-hati ataupun ahli keluarga tersayang. Mesti anda berdebar-debar, pakai baju cantik-cantik, bersiap awal dan rasa tak sabar nak bertemu dengan orang itu, kan?

Tak boleh juga?

Jangan risau. Mereka yang tak pernah ber'dating' di luar sana, cuba kita bayangkan solat itu sebagai sebuah mesyuarat. Saya pasti ramai yang pernah hadiri apa-apa bentuk mesyuarat, kan? Mesyuarat Agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa program dan lain-lain lagi.



Perasan tak, kita boleh menjaga adab-adab ber'dating' dan bermesyuarat dengan manusia lebih baik daripada adab dengan Pencipta? Mari saya senaraikan adab-adab tersebut:



Tampil bersih, berwangi-wangian dan memakai pakaian yang cantik

Cuba keluar rumah tak gosok gigi, tahi mata dan air liur basi menghiasi muka, agak-agak ada tak orang nak tengok kita? Tentu kita rasa malu. Maka, kita perlu fikir perkara yang sama apabila kita menghadap Tuhan. Kalau kita takut orang bau nafas mulut kita yang tak sedap itu, cuba kita amalkan gosok gigi setiap kali sebelum solat juga.

Kalau nak keluar rumah, biasanya kita colet minyak wangi, sembur minyak wangi sebotol dan gosok setiap inci pakaian kita. Kalau menghadap Allah kita macam mana pula? Tentulah kita perlu mempraktikkan benda yang sama juga.





Hadir di awal waktu

Kita selalu tepati waktu mesyuarat sebab kita tak nak buat orang lain tertunggu-tunggu. Mungkin orang itu akan marah dan kecewa terhadap kita. Hmm... Cuba bayangkan, betapa sabarnya Allah dengan kita selama ini. Berapa kali kita solat di awal waktu?


Tumpukan perhatian


"Alaa, awak ni kenapa? Sayang ada depan mata awak, tapi fikiran awak kat tempat lain. Ish, bencilah!"

Kalau fikiran kita melayang sewaktu ber'dating' dengan makhluk bernama manusia pun akan dimarahi. Bayangkan kalau fikiran kita melayang sewaktu ber'dating' dengan Pencipta. Dah lah tak sampai lima minit waktu yang diluangkan untuk solat, fikiran pun entah ke mana tak tumpu pada bacaan. Hmm... Yok periksa sama-sama. Cuba kita fahamkan bacaan dalam solat...



Tenang dan tidak tergesa-gesa

Apabila berada dalam mesyuarat, ada tak kita tergaru-garu, bergerak lebih-lebih depan orang ramai? Sekalipun ada semut gigit, mesti kita cuba tahan, bukan? Kalau kita boleh luangkan masa yang lama dalam mesyuarat sampai dua, tiga jam tidak tergesa-gesa, mari cuba tidak tergesa-gesa dalam menyempurnakan solat.


Tak akan ke mana urusan dunia, inikan pula kalau kita tergesa-gesa untuk hiburan semata. Sama-sama kita periksa balik, OK?

Banyakkan berkomunikasi

Salah satu tips untuk kita lebih dekat dengan seseorang adalah dengan meluangkan masa yang banyak dengan mereka. Barulah kita dapat kenal hati budi, perangai, citarasa mereka. Sama juga halnya kalau kita nak lebih rapat dengan Tuhan kita.

Banyakkanlah solat sunat dan membaca Al-Quran. Sebenarnya, semakin banyak masa yang kita luangkan untuk Allah, semakin kuat kebergantungan kita kepadaNya. Adulah semua perkara kepada Allah. Bisikkan kata-kata pujian kepadaNya. Semua ini akan kembali kepada kita, Allah tak pernah rugi apa-apa pun sekiranya kita beriman atau tidak. Kitalah yang akan rugi sebenarnya kalau kita sia-siakan masa kita dengan perkara-perkara lagha.



Baca surat cinta

Kalau kita jatuh hati pada seseorang, meminati seseorang, mesti kita akan selalu terfikir pasal dia, kan? Baca mesej dia berulang kali, 'stalk' Facebook ...senang cerita semua perkara dan perkembangan tentang dia kita nak tahu. Macam mana pula kita dengan Allah?

Bacalah Al-Quran beserta maknanya. Bayangkan Dia sedang bercakap dengan kita. Pelbagai nasihat, peringatan serta janji Allah telah termaktub dalam Al-Quran. Itulah SMS atau surat cinta yang wajib kita baca selalu ;)

Sama-sama kita kuat mujahadah kejar cinta Allah. Setiap manusia akan alami satu fatrah yang membuatkan kita rasa jauh sangat dan lalai mengingati Allah. Biasalah. Perkara itu sangat biasa sebab iman kita selalu naik turun.



Moga dapat istifadah bersama. Yok mujahadah! Wallahu'alam.




sumber: iluvislam.com


Saturday, 13 October 2012

Tawakkal Si Anak Kecil


Abu Faidh Thauban atau yang terkenal dengan nama panggilan Zunnun Al-Mishri adalah seorang ahli Tasawwuf yang besar dari negera Mesir.

Diceritakan bahawa pada suatu hari Zunnun Al-Mishri pergi ke laut untuk menjala ikan untuk menyara hidupnya dengan disertai oleh anak perempuannya yang masih kecil.

Gambar dr encek google :)

Lalu Zunnun menebarkan jaringnya. Tidak berapa lama kemudian jaring itupun ditariknya. Dia beruntung kerana dapat menangkap seekor ikan. Anak perempuanya yang ikut turun ke laut, menyaksikan bahawa mulut ikan itu bergerak-gerak seperti orang berzikir.

Apabila Zunnun menghulurkan tangannya untuk mengambil ikan yang sudah dijangka menjadi rezekinya itu.
Tiba-tiba anaknya menghalangnya. Dengan pantas anaknya mengambil ikan yang masih hidup itu dan mencampakkannya ke laut semula. Maka bebaslah ikan itu di alamnya.

Zunnun tidak dapat menghalang perbuatan anaknya itu dan hanya melihat dengan penuh kehairanan.

"Mengapa kau membuang rezeki yang sudah kita perolehi?"

Tanya Zunnun kepada anaknya.

Anaknya menjawab:

"Saya tidak rela makan makhluk yang berzikir kepada Allah".

Zunnun hairan terhadap jawapan anaknya itu kerana setiap ikan yang baru ditangkap sudah tentu bibirnya bergerak-gerak.

"Apa yang hendak kia buat?" tanya Zunnun lagi.

Anaknya menjawab:
"Kita bertawakal kepada Allah semoga Dia memberi kita rezeki benda yang tidak berzikir kepada Allah."
Kedua-duanya pun balik tidak meneruskan kerjanya sebagai penangkap ikan dan mencari kerja lain sambil bertawakal kepada Allah. Setelah bekerja sampai petang, keduanya belum juga mendapatkan sesuatu rezeki untuk dimakan sedangkan perutnya sudah mulai lapar.

Apabila waktu Isya' sudah masuk, tiba-tiba Allah menurunkan hidangan dari langit yang terdiri daripada berbagai jenis makanan, maka makanlah keduanya dari rezeki itu. Keadaan seperti ini berlaku setiap malam dan berlangsung lebih kurang dua belas tahun.

Zunnun menyangka bahawa kurnia dari Allah yang sangat istimewa ini adalah disebabkan dirinya yang sangat rajin beribadah, solat, berpuasa dan berdoa kepada Allah.

Apabila keaadaan ini sudah berlangsung lebih kurang 12 tahun, anak perempuannya yang ikut kelaut sudah meninggal. Ternyata hidangan dari langit tidak turun lagi berikutan kematian anaknya itu.

Kini Zunnun menyedari bahawa kurnia Allah yang turun pada keluarganya berupa makanan dari langit itu bukan disebabkan kerana dirinya yang rajin beribadah dan berdoa, tetapi disebabkan kerana ketinggian tawakal anak perempuannya yang sudah meninggal.

“Kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal (menyerah diri).”  Surah al-Imran ayat 122

Allahu..
Gambar hiasan :)



Friday, 5 October 2012

Erti CINTA ❤

Aku bertanya pada alam semesta tentang erti “CINTA”, lalu satu demi satu mereka menjawab…

Bumi menjawab:

“CINTA adalah hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan akan itu. Ia memang diinjak dan dihinakan, tetapi ia tak peduli. Pikir Cinta hanya memberi, dan itu sajalah inginnya.”

Air menjawab:


“CINTA adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih rasa kesukaan, kerelaan akan keterikatan, kerinduan dan kesenduan, atau samudera kasih yang luas sebagai naungan segala perasaan"

Api menjawab:

“CINTA adalah panas yang membakar segala, ia memusnahkan untuk dapat hidup dan menyala. Demi merasakannya, makhluk rela terbakar dalam amarah dan kedurhakaan.”

Angin menjawab:

“CINTA adalah hembusan yang menebar sayang tanpa tahu siapa tujuannya. Orang bilang ia buta, sebab itu inginnya. Ia tak terlihat, tapi tanpanya segala raga akan hampa.”

Langit menjawab:

“CINTA adalah luasan tanpa batas. Luasnya tiada makhluk yang tahu. Kecuali bahwa cinta itu bahagia yang biru, atau derita kelam yang kelabu"

Matahari menjawab:

“CINTA adalah hidup untuk memberi energi kehidupan dan cahaya harapan. Ia tak akan lelah memberi sampai ia padam dan mati.”

Pohon menjawab:

“CINTA adalah akar yang menopang segalanya. Ia tulus hingga tak perlu terlihat dan dikenal. Tapi ia terus memberi agar batang bahagia tetap kokoh abadi, berbuah dan berbunga indah.”

Gunung menjawab:

“CINTA adalah rasa yang menjulang tinggi. Rasa itu demikian tenang dan menyejukkan. Namun saat gundah, Ia akan meleburkan sekelilingnya dengan lautan lava cemburu yang membara.”

Lalu, Aku bertanya pada CINTA:

“Wahai CINTA, apakah sebenarnya arti dirimu??”





CINTA menjawab:

“CINTA adalah engkau patuh terhadap-Nya, meski kau tak melihat-Nya. Engkau tidak mencium-Nya atau meraba-Nya, tapi engkau patuh karena engkau merasa akan hadir-Nya. Sebab CINTA bukan indera, tapi adalah rasa.”

“CINTA adalah engkau takut akan amarah-Nya, dan takut jika Ia meninggalkanmu. Takut jika Ia tak menyukaimu lagi. Lalu engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat dengannya, bahkan jika engkau harus menderita, atau yang lebih mengerikan dari itu.”

“CINTA adalah engkau menyimpan segala harapan pada-Nya dan tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selamanya. Cinta adalah engkau setia menjadi hamba-Nya, yang engkau hidup untuk-Nya dan mati untuk kesukaan-Nya akan dirimu, hidup dan mati untuk Dia. Engkau berusaha sekerasnya agar engkau diakui, hanya sebagai hamba,.”

“Diatas segalanya, CINTA adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain, selain pada-Nya. Engkau rindu akan hadir-Nya dan melihat-Nya. Engkau suka apa yang Ia sukai dan benci apa yang Ia benci, engkau merasakan segala ada pada-Nya dan segala atas nama-Nya.”

Aku lantas bertanya pada CINTA:

“Bisakah aku merasakannya?”

Sambil berlalu CINTA menjawab:


“Selama engkau mengetahui hakikat penciptaanmu dan bersyukur dengan apa yang Dia beri, maka itu semua akan kau rasakan, percayalah padaku tambahnya….”

Aku pun Berteriak, 


“Wahai KAU SANG MAHA PECINTA terimalah cintaku yang sederhana ini, izinkanlah aku merasakan cintaMu yang Maha Indah…”

باركــ اللّــــہ فـــــــيك


Saturday, 29 September 2012

Sikap Kita terhadap Quran

Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah interaksi kita dengan Al-Quran?

Bagaimanakah kualiti bacaan Al-Quran kita? 

Bagaimanakah pula dengan penghayatan kita terhadap apa yang tertulis dalam Al-Quran?

Sejauh manakah kita merasakan bahawa Al-Quran itu hidup dalam hati kita, dan hidup kita secara keseluruhannya adakah berpandu kepada acuan Al-Quran? 



Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang memuaskan atau mungkin mengecewakan.

"Eh, aku dah khatam dah waktu darjah 5 dulu tau!"
"Takpelah, aku tak pandai sangat baca Quran, segan la nak tadarus"
"Kalau ada masa lapang aku baca la Quran"
"Ye ke Quran ni lengkap?"
"Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun maknanya. Takpe, dapat pahala jugak"

Kalau begini layaknya sikap kita terhadap Al-Quran, bagaimanakah mungkin diri kita itu terbentuk dengan Al-Quran? 

Bagaimanakah mungkin Al-Quran itu menjadi panduan agung dalam kehidupan kita sedangkan kita tak pernah mengetahui sekalipun pengertiannya? Maka kita harus menyelami hati dan mula memikirkan, bagaimana seharusnya kita bersikap terhadap Al-Quran? Adakah dengan mengambilnya sebagai bahan bacaan "mengisi masa lapang" atau "mesti" cari masa untuk dibaca? Adakah dengan menjadikannya bahan bacaan atau bahan rujukan dalam segenap kehidupan?
Ya, Al-Quran dengan bait-bait kata yang sama inilah yang menjadi perubah kehidupan sebuah bangsa Arab Jahiliah menjadi Khayru Ummah. Al-Quran dengan mesej yang sama sejak dulu inilah yang menjadi inspirasi terbebasnya Constantinopel di tangan Islam. 

Al-Quran dengan suruhan dan tegahan yang sama sejak dulu inilah yang menjadi sebab tertegaknya pemerintahan Islam. 

Namun, mengapakah kita tidak menjadi sebegitu hebat dengan Al-Quran ini? Adakah salah Al-Quran atau salah Umat Islam?

Tadabbur


Ya, tadabbur, itulah kunci yang akan memberikan impak Al-Quran dalam kehidupan kita. 

Menghayati dengan erti kata yang sebenar, meyakini dengan sepenuhnya dan membawa segala mesej tersebut untuk dipraktikkan dalam kehidupan. 

Al-Quran bukan semata-mata untuk para Qari yang sedap dan merdu bacaannya. Al-Quran juga bukan hanya untuk ahli tafsir yang diberikan petunjuk oleh Allah untuk menggali segala persoalan dalam Al-Quran. Al-Quran bukan hanya untuk ustaz-ustaz yang memetiknya untuk dijadikan bahan ceramah. Namun Al-Quran untuk semua, untuk panduan umat manusia secara keseluruhannya. Maka setiap daripada kita wajib mendalami dan menghayati Al-Quran, menjadi "Al-Quran yang bergerak", hidup dengan acuannya.

"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya." (An-Nisa', 4: 82)

"(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?" (Muhammad, 47: 24)

Maka sekarang kita perlu mengubah orientasi pemikiran. Kalau sebelum ini Al-Quran itu kita anggap sebagai bahan bacaan, sekarang mari melangkah setapak dengan menjadikannya sebagai bahan penghayatan. Bahan rujukan untuk segenap isu dalam kehidupan. Bahan penyelesaian kepada segala permasalahan yang dialami dan dirasai. 

Berpandukan kepada kitab-kitab tafsir yang ditulis oleh para Ulama' seperti Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Fi Zilalil Quran Syed Qutub dan tafsir-tafsir lain, kita selak dan kita dalami Al-Quran. InsyaAllah, hidup kita akan menjadi semakin terarah dan semakin membaik kerana kita mengambil sebuah panduan yang tidak bengkok sama sekali.

"Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)." (Al-Kahfi, 18: 1)

 Jom kita berubah bersama Al-Quran! :)


Thursday, 27 September 2012

Hidayah dan Ber-Hijrah

Post kali ni saya tujukan khas buat sahabat-sahabat saya yg bergelar muslimah..


Sahabat-sahabat semua tentu tahu batas-batas aurat kita kan? Jadi, mari kita sama-sama jaga aurat kita ye.. Sape-sape yang terdetik hati nak mula bertudung tu, jangan tunggu lama-lama, teruskan niat anda kerana tu adalah lintasan hidayah daripada Allah.. :)♥



Sungguh..
Hidayah yg Allah anugerahkan tu
Betul2 MAHAL nilainya..
Jadi bagi yg beroleh hidayah Allah tu,
ketahuilah bahawa anda adalah d antara hambaNya yg terpilih..
Hargailah, genggamlah erat2, jangan sampai terlepas..
Manisnya rasa bila hati terpanggil, terkesan dengan hidayahNya..
Tak mungkin dapat dirasai buat kali kedua..
Tidakkan sama rasanya


kerana kali yg pertama tu lebih terasa kemanisannya.. :')





Sahabat-sahabat semua masih muda bukan? Orang yang berjaya HIJRAH DIRI kepada kebaikan dalam usia muda adalah orang yang sangat-sangat beruntung & bertuah malah lebih beruntung daripada orang yang sudah lama hidup di dunia tetapi tidak berubah-ubah.

Bila Allah SWT temukan kamu dengan jalan yang diredhainya, janganlah beralih ke jalan yang lain lagi kerana takut sesudah itu tiada jalan petunjuk untuk kamu lagi.


Semoga terus istiqamah ya ikhwan wa akhwat fillah :)



♥ Ya Allah, nikmatnya hidayah-Mu ♥