Sunday, 7 April 2013

Isu Kalimah InsyaAllah & in shaa Allah

TAK HABIS-HABIS DENGAN MASALAH KALIMAH InsyaAllah.

Ada yang kata kalau tulis insyaAllah straight bermakna mencipta Allah, maka itu adalah syirik, jadi kena tulis in sya Allah.

Pertamanya, masalah ini langsung tiada kaitan dengan penulisan insyaAllah menggunakan tulisan rumi sebab ia tidak boleh di i'rab.

Masalah timbul apabila menulis dalam tulisan jawi atau arab...
..Read more

1. Ejaan sebenar insyaAllah : إِن شاء اللهُ (insyaAllahu)
yang bermaksud JIKA ALLAH BERKEHENDAK.

إن : حرف

شاء : فعل ماضي
maka ia berhajat kepada فاعل

اللهُ : فاعل (Allahu)
berbaris رفع kerana ia فاعل

~ia akan tetap membawa maksud JIKA ALLAH BERKEHENDAK apabila kita melafazkan sebutan INSYAALLAHU tidak kira sambung atau tidak kerana Allah akan tetap menjadi فاعل kepada فعل ماضي iaitu شاء.

2. Yang akan membawa maksud MENCIPTA ALLAH apabila :
انشأ اللهَ (ansyaAllaha)

انشأ : فعل متعدي (yang bermaksud mencipta@membuat)

اللهَ : مفعول به (Allaha)
berbaris فتحة kerana ia مفعول به

So,kesimpulannya, nak tulis secara sambung atau tak sambung tidak menjadi masalah kerana ia tidak akan mengubah maksud. Yang mengubah maksud ialah apabila ditulis ANSYAALLAHA baru membawa maksud MENCIPTA ALLAH.

Jadi kaji dahulu sebelum percayakan sesuatu penyataan especially FB.
Mohon teguran sekiranya berlaku sebarang kesilapan. :)

rujukan : kuliah Ustaz Azhar Idrus ( Original )


No comments:

Post a Comment