Saturday, 10 November 2012

Tika Si Ayah Mendidik Erti Mukmin Sejati


Malam tadi, si kecil bertanyakan mengenai makna soleh kepada ayahandanya. Hari ini, pagi-pagi lagi anak berumur 7 tahun mendapatkan ayahnya.

Anak: "Ayah, malam tadi saya dah hafal makna Soleh yang ayah ajar dari Surah ali Imran ayat seratus empat belas."

Ayah: "Alhamdulillah.."

Anak: "Nak tanya lagi boleh tak?"

Ayah: "Boleh...." ( senyum )


Anak: "Macam mana ya ayah ciri-ciri org Islam yang beriman kepada Allah dan hari akhirat yang sejati?"

Ayah: "Maksudnya, ciri mukmin sejati la ni ya?"

Anak: "Haaa itulah yang saya nak tahu. Boleh tak ayah terangkan dengan paling ringkas sekali macam malam tadi sebab senang saya nak hafal sikit..hee"

Ayah: "Baik. Rasulullah SAW bersabda:

Man Sarrat-hu Hasanatuhu wa Sa'athu Sayyi-a-tuhu fazaalikal mu'min ( ayah ulang bacaan arab sebanyak 10 kali )"

Anak: "Man Sarrat-hu Hasanatuhu wa Sa'athu Sayyi-a-tuhu fazaalikal mu'min. Baik, dah hafal dah ayah. Apa maknanya?"


Ayah:
"Sesiapa yang berasa gembira apabila dia melakukan amal baik dan berasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri mukmin sejati."

Anak: "Wahhh! ( mata si anak bersinar-sinar macam ada bintang-bintang dalam mata )

Ayah: "Hafal pastu bagitau ummi pula ya :) "

Anak: "Baik! Terima kasih ayah!" ( cium tgn ayah lama-lama kemudian berlari-lari menuju ke arah umminya )

Dalam hati si ayah, berdoa sekali lagi moga-moga anaknya tidak hanya menampakkan minat pada agama di masa kecil sahaja, tetapi berterusan hingga akhir hayatnya. Aamiiiin.


No comments:

Post a Comment