Friday, 1 February 2013

Doa Selepas Solat



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


Wednesday, 16 January 2013

Bagaimana Yahudi Boleh Bijak??


by: Dr Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.



Friday, 28 December 2012

Friday, 14 December 2012

Bicara Anak Seni: Afdlin Shauki

Ramai yg bertanya kepada aku "Macammana Gaza bang?" Dan aku sedar yang aku terpinga pinga nak menjawab soalan itu. 

Nak kata "Ok", aku dah tengok kehancuran di sana. 

Nak kata "Tak Ok" aku dah bertemu dengan orang orang yang paling berani, paling peramah, paling mesra, paling bertaqwa, pendek kata orang paling indah di dunia. 

Mereka sentiasa tersenyum apabila menyambut kita setiap kali kita bersua muka dan tak perlulah kita tanya sama ada senyum mereka ikhlas atau tidak kerana tidak ada kesinisan di jiwa mereka. Raut wajah mereka membayangkan satu ketenangan yang sangat saya rindui. 

Ketenangan yg terpapar di seluruh Gaza. 

Walaupun serpihan bom merata rata, aku rasa seperti seorang anak kecil yg dijaga oleh ibunya. Selamat dan di sayangi. 

Hidup mereka hanya untuk mencari keredhaan Allah, untuk dekat dengan-Nya. Walaupun begitu mereka bukan sahaja duduk di masjid-masjid, mereka aktif di kota yg mereka cintai, sentiasa berusaha memperbaiki keadaan ekonomi palestine, memperbaiki kehidupan rakyat palestin. 

Sesungguhnya pada ketika ini mereka tak ada masa depan, jika kita mengikuti ukuran kejayaan kehidupan kita di Malaysia. Tapi mata ku tidak melihat seperti dulu. Aku cakap pada isteriku setiba aku kembali ke negara yang aku cinta ini, Mata aku dah lain, telingaku dah lain, lidahku dah lain dan hatiku dah lain. Aku melihat benda yg sama tapi aku tak nampak benda yang sama lagi. 

Apa guna kejayaan dan kekayaan jika tak ada Allah di sisi kita. Pada masa yg sama kejayaan kita akan lebih bermakna dan di berkati jika Dia bersama di sisi. 

Aku bukan orang alim, aku tak boleh nak quote ayat ayat quran untuk mengajar tetapi sekarang keredhaan dan keimanan yg aku cari dan akan terus aku perolehi. 

Kalau orang Palestin boleh sentiasa bersifat positif walaupun ditindas dan di tekan oleh israel, Aku pun mahu jadi positif mencari kebaikan dlm sesama umatku, aku akan buat yg terbaik untuk menghabiskan saki baki hidup aku sebagai seorang yg sentiasa membuat kebaikan untuk sesama saudaranya dan paling utama mendapat keredhaan Allah. 

Kita bantu rakyat kita yg memerlukan kerana sini bantuan boleh di hantar dgn segera dan ramai yang boleh melakukannya akan tetapi Palestin akan menjadi perjuangan jangka masa panjang aku. Seperti sahabatku sebelum ini aku pun dah jatuh cinta dgn bumi itu dan org orgnya. Insyaa allah aku akan kembali ke bumi barakah itu tak lama lagi. 

Aku Afdlin Shauki. Aku masih lagi anak seni. Aku masih akan menghiburkan selagi termampu, tetapi seniku bukan kosong, seniku mungkin bukan untuk semua tetapi seniku akan ada kebaikan untuk masyarakat dan manusia sejagat.


Sunday, 25 November 2012

Taharah: Mandi Wajib

nota ringkas daripada rancangan "30 minit Ustaz Don" tajuk "Taharah: Mandi Wajib"

Antara sebab-sebab perlu mandi wajib ialah:
1) bersetubuh
2) mengeluarkan air mani
3) mati
4) haid
5) nifas
6) wiladah

Cara-cara mandi wajib:

terdapat 2 Rukun (fardhu) sahaja iaitu: NIAT & MERATAKAN AIR

1) NIAT apabila air tekena pada anggota badan
"Nawaitu raf'al hadasil akbari lillahi taala" Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala

boleh baca secara lisan atau di dalam hati

2) MERATAKAN AIR

-wajib menghilangkan najis/ perkara-perkara yang menghalang air kena pada kulit
-ratakan air juga pada rambut panjang (kulit kepala semua kena air)
-ratakan ke seluruh badan (disunatkan mula sebelah kanan 3x, diikuti sebelah kiri)
-wajib duduk mengcangkung dan ratakan air di celah-celah kemaluan (bila berdiri, tidak akan terkena di kawasan yang sulit)


Soalan yang sering ditanya:

1) Bolehkah bersabun sebelum mandi wajib?
Jawapan Ustaz Don: boleh, disunatkan tapi bila ada perkara yang menghalang air kena kulit, maka jadi wajib


2) Adakah perlu berwuduk?
Jawapan Ustaz Don: bahkan sunnah nabi berwuduk sebelum mandi wajib

3) Cara meratakan air
Jawapan Ustaz Don: Dahulukan dan utamakan bahagian badan sebelah kanan (gosok 3x) diikuti bahagian badan sebelah kiri.

4) Selepas mandi wajib, kalau tangan terkena bahagian sulit, adakah batal wuduk?
Jawapan Ustaz Don: kalau menyentuh guna tapak tangan akan batal wuduk, tapi belakang tapak tangan tidak batal. 



boleh rujuk kembali :

sekian, wassalam