Wednesday, 10 April 2013

CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI


Untuk menjadikan penulisan di dalam blog ini bersifat ilmiah, saya kongsi cara untuk menulis bibliografi / senarai rujukan yang diambil dari web Laman Khas Guru Perpustakaan & Mediasupaya mudah saya mengingati formatnya. Kadang kala saya akan salin dan tampal hasil penulisan milik orang lain di blog ini. Lazimnya saya akan menulis dari mana saya perolehi artikel tersebut untuk menghormati pemilik asal artikel itu.


SEKTOR PERKHIDMATAN SUMBER PENDIDIKAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

APA DIA BIBLIOGRAFI?
  • Satu senarai bahan seperti buku, majalah atau bahan cetak lain yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk mendapatkan maklumat.
  • Satu senarai bahan dari mana rujukan telah dibuat untuk menulis berkenaan dengan sesuatu perkara.
MENGAPA PERLU BIBLIOGRAFI?
  • Mengesan sumber dari mana maklumat boleh diperolehi bagi tujuan merujuk mengenai sesuatu perkara.
  • Mengesan sumber dari mana sesuatu maklumat yang dinyatakan oleh seseorang penulis telah dijumpai.
  • Menyemak dan mempastikan kebenaran sesuatu maklumat yang dinyatakan oleh seseorang penulis.
  • Membekalkan sumber kepada pembaca yang bertujuan membuat rujukan lanjutan berkaitan maklumat yang telah dinyatakan oleh penulis.
Apakah bahan yang boleh dijadikan komponen bibliografi?
Segala jenis bentuk bahan [buku,artikel dalam majalah/jurnal/akhbar, filem, program komputer dll.] boleh dijadikan sumber bagi menulis bibliografi.

CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI


1. Penulisan bibliografi bermula dengan nama pengarang
  • Nyatakan nama pengarang seperti yang tercatat pada bahan. Jika buku – nama seperti yang tercatat pada muka surat judul.
  • Nyatakan NAMA Penuh pengarang jika Melayu. Jika bukan Melayu,nyatakan NAMA KELUARGA dan diikuti dengan tanda koma dan kemudian singkatan huruf bagi setiap nama berikut pengarang berkenaan. Setiap singkatan nama diakhiri dengan noktah.
  • Jika DUA pengarang, nyatakan kedua-duanya dan gunakan simbol ‘&’ di antara kedua-dua nama. Jangan gunakan perkataan ‘dan’.
  • Jika LEBIH DARI DUA pengarang nyatakan hanya nama pengarang yang muncul terdahulu dalam muka surat judul dan diikuti dengan singkatan ‘et.al.’ yang bermaksud ‘dan lain-lain’
  • Pangkat pemberian seperti DYMM, Datuk, Dr.. Haji dan Tuan tidak dinyatakan. Namun pangkat nama asal seperti Syed, Tunku, Raja, Nik dan lain-lain perlu di tulis.
  • Jika tiada pengarang anda boleh memilh:
    - Penyunting diikuti dengan (penyunting)
    - Penerbit diikuti dengan (penerbit)
    - Penyampai diikuti dengan (penyampai)
    - Judul buku
    - Judul artikel/kertas kerja
    - Judul bahan bukan cetak diikuti dengan [jenis media]
    Mengikut mana yang boleh didapati sebagai ganti tempat pengarang.
2. Nyatakan tahun penerbitan dalam kurungan ( ) atau tanpa kurungan dan diakhiri dengan noktah.
3. Nyatakan JUDUL bahan dengan penuh (jika buku – seperti yang tercatat pada muka surat judul), gariskan dan diakhiri dengan tanda noktah. Italik boleh digunakan mengantikan garisan.
  • JUDUL di sini bermaksud tajuk buku, nama majalah, jurnal atau surat khabar dan BUKAN tajuk sesuatu artikel di dalam bahan berkenaan.
  • Gunakan huruf besar hanya untuk huruf pertama perkataan pertama judul.
4. Jika sumber merupakan sebuah artikel/kertas kerja di dalam sebuah buku/majalah/jurnal (atau lagu dalam sebuah album) dan terdapat nama pengarang artikel, judul artikel ditulis tanpa digariskan dan diakhiri dengan noktah SEBELUM menulis judul judul bahan.
5. Jika bahan merupakan edisi yang baru, nyatakan edisi dalam kurungan seperti (Edisi ke 2) SETELAH menulis judul bahan
6. Nyatakan tempat terbitan dengan ringkas dan akhiri dengan tanda : (titik bertindih). Kemudian nyatakan nama penerbit dengan ringkas.
  • Akhir dengan koma jika perlu menulis jilid atau halaman rujukan.
  • Jika tidak, akhiri dengan noktah.
7. Jika bahan merupakan akhbar, majalah atau jurnal, akhiri judul bahan tanda koma dan tuliskan butiran jilid yang diakhiri dengan koma seperti berikut:
a)akhbar – tarikh dan bulan The Star,29 Mac,
b)majalah bulanan – bulan Wanita,Julai,
c)terbitan berkala – jilid (digariskan) Wawasan, 5,
jilid (bilangan dlm kurungan) Pendidik, 15 (2)
8. Nyatakan muka surat (halaman) rujukan jika telah merujuk kepada halaman tertentu dalam bahan selepas butiran penerbit atau jilid. Tuliskan dalam bentuk – hlm 25 atau hlm 203-206 (boleh ditulis tanpa singkatan hlm) dan akhiri dengan noktah. Jangan mulakan dengan tanda : (contoh :hlm 25) Tanda : hanya digunakan untuk catatan dalam teks)
9. Jarakkan setiap butiran di atas dengan hanya satu ensotan (space).
10. Semua butiran bibliografi perlu ditulis dalam ayat-ayat yang berterusan dan aksara pertama baris itu diensotkan 5 ensotan berbanding baris kedua.
11. Bibliografi disusun mengikut abjad perkataan pertama penulisan bagi setiap bahan yang ada di dalam senarai bahan rujukan.
12. Ringkasan kandungan bahan boleh ditulis dalam dua atau tiga ayat yang ringkas diakhiri bibliografi bagi tujuan mengingatkan penulis atau mengenalkan pembaca tentang jenis serta kandungan bahan yang menjadi rujukan itu. Ia dikenali sebagai ANOTASI. Walau bagaimanapun ANOTASI jarang ditulis dalam bibliografi.
FORMAT PENULISAN
1. SATU pengarang.
Pengarang (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
Asmah Omar (1986). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
2. DUA pengarang.
Pengarang & Pengarang Bersama (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit, halaman rujukan.
Contoh:
Mok, S. C. & Lee, S. M. (1986). Kurikulum baru sekolah rendah ‘Tahap 1’. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia).
3. TIGA pengarang atau lebih.
Pengarang Utama et. Al. (tahun terbitan). Judul bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit, halaman rujukan.
Contoh:
Nazaruddin Mohd Jali, et. Al (1989). Aktiviti kajian penyelidikan dan penilaian di bawah pinjaman Bank Dunia 1986-1990: Pengurusan kemudahan sekolah termasuk pusat sumber pendidikan bagi sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah – ringkasan eksekutif. Kuala Lumpur: Kementerian pendidikan malaysia, hlm 27.
4. Tulisan dalam sebuah bab buku atau artikel dalam sebuah majalah.
Nama pengarah (tahun terbitan). Tajuk artikel/ bab. Judul bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit, Jilid (bilangan), halaman rujukan pertama, halaman rujukan kedua.
Contoh:
Abdullah Bakri (1990). Pusat kegiatan guru dalam konteks difusi dan penerapan teknologi pendidikan. Wawasan. 15 (4), hlm 47-57.
5. Tiada nama pengarang tetapi ada nama penerbit.
Nama penerbit. (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
  • Malaysia. (1976). Rancangan Malaysia ke tiga 1976-1980.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia. (1982). Report of a study tour to the Netherlands, Great Britain,India and Sri Lanka. Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian Pendidikan, Bahagian penyelidikan dan perancangan pendidikan.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (1991a). Laporan status pusat kegiatan guru (PKG).Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (1991b). Pusat kegiatan guru [risalah maklumat]. Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (1991c). Pusat kegiatan guru – konsep dan pengoperasian. Kertas kerja mesyuarat jawatankuasa perancangan pendidikan. Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.
6. Tiada pengarang tetapi ada PENYUNTING.
Nama penyunting (penyunting) (tahun terbitan). Tajuk artikel/bab. Judul bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit, halaman rujukan.
Contoh:
Ankrah-Dove, L. (penyunting) (1977). Teacher group and centers in developing countries. London: t.p.
7. Bahan bukan cetak.
Judul bahan [jenis media] (tahun terbitan). Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
DOS 6.0 [program komputer] (1993). Amerika Syarikat: Microsoft technology.
Nama penerbit/pengubah (penerbit/pengubah). Nama pengarah/penulis lirik (pengarah/penulis lirik) (tahun terbitan). Tajuk lagu. Judul album [jenis media]. Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
Julie Dahlan (penerbit), Aziz M.Osman (pengarah) (1994). Putera [filem]. Kuala Lumpur: J.D. Productions.
8. Artikel akhbar dengan nama pengarang.
Nama penulis (tahun terbitan). Judul artikel. Judul akhbar. Tarikh terbitan.
Contoh:
Shahrul Azil Mohd Shukor (1994). Melahirkan golongan ulama era permodenan. Berita harian. 11 Mac.
9. Artikel akhbar tanpa nama pengarang.
Judul artikel (tahun terbitan). Judul akhbar. Tarikh terbitan.
Contoh:
Kerajaan tambah 150 lagi pusat kegiatan guru (1992). Berita harian. 22 Oktober.
10. Perkara yang dialami sendiri oleh penulis.
Nyatakan dengan seberapa tepat butiran penyampai, majlis dan tempat majlis berlangsung.
Contoh:
Othman Jantan (penyampai) (1993). Taklimat pengoperasian pusat kegiatan guru kepada pengetua dan guru besar daerah Hulu Selangor di PKG Sg. Choh Rawang Selangor.
CONTOH-CONTOH CATATAN DALAM TEKS
1. Berdasarkan NAMA PENGARANG
a) Asmah (1986) pula menyatakan persepsi adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental…………. .
b) …….. dan pancaindera manusia yang terlibat dalam menyedari, menyaksi dan mentafsir kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam sekelilingny (Asmah Omar, 1986).
c) Dalam konteks ini Abdullah Bakri (1990) ada menyebut:
“PKG jangka …………………….………………………………….…………” (Abdullah Bakri, 1990:48)
d) The teachers’ centre relies on practising teachers defining and initiating their own in-service work (Husen & Postlethewaite, 1985 : 5045 – 5046).
e) Dari segi ruang, Nazaruddin et. Al., (1989) telah membuat perakuan berikut:
“Diandaikan juga ………………….………………….bilik mandi dan bilik rehat (Nazaruddin et.al., 1989;27
f) ………. Seperti yang telah diterjemahkan oleh Zainal Abidin (1990) dari Johansen (1975).
g) Kamil (1987) ada menyebut bahawa Thomas (1984) telah mendapati bahawa tidak semua yang ada di PKG aitu berguna untuk guru (Kamil Ahmad, 1987:23).

2. Bahan tanpa nama pengarang

a) Dari itu timbullah keperluan mengadakan satu rangkaian Pusat Sumber Pendidikan yang lengkap dan sistematik di setiap peringkat pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990:5)
b) Memandangkan kepentingan PKG, kerajaan akan menambah lagi 150 buah bangunan PKG diseluruh negara (Berita Harian, 22.10.92)
c) Sesungguhnya PKG amat penting kepada pembangunan pendidikan di negara Malaysia (Dewan Masyarakat, Mei 1994).

3. Rujukan daripada beberapa bahan yang diterbitkan dalam tahun yang sama oleh orang/badan yang sama.
a) PKG menjurus ke arah satu matlamat membudayakan teknologi pembelajaran di kalangan guru-guru (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991a:7).
b) Setiap bangunan berharga RM200,000 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991b:1).



Sunday, 7 April 2013

Isu Kalimah InsyaAllah & in shaa Allah

TAK HABIS-HABIS DENGAN MASALAH KALIMAH InsyaAllah.

Ada yang kata kalau tulis insyaAllah straight bermakna mencipta Allah, maka itu adalah syirik, jadi kena tulis in sya Allah.

Pertamanya, masalah ini langsung tiada kaitan dengan penulisan insyaAllah menggunakan tulisan rumi sebab ia tidak boleh di i'rab.

Masalah timbul apabila menulis dalam tulisan jawi atau arab...
..Read more


Tuesday, 2 April 2013

LDK motivasi - Semut Gila

Seorang fasilitator memberi arahan,
.
"Semua peserta di minta buat bulatan... baik, ditangan ana ada 20 biji gula-gula bersamaan dengan jumlah antum semua.. antum akan dapat sorang satu.. gula-gula ni, ana letakkan kedalam plastik.. and then ana masukkan dalam kotak tisu nih... kotak ni pulak ana letakkan di atas kerusi plastik ni... baik, di tangan kanan ana pula ada satu wisel... yang mana bila saja ana tiup wisel nie... ana nak setiap daripada antum memiliki sorang sebijik gula-gula.. jangan risau.. gula-gula ni cukup untuk semua" ketua fasilitator memberikan arahan kepada para peserta. ok bersedia?"
.
-BERSEDIA!!!.. Jerit peserta kegairahan..
.
Prittttt!!! wisel dibunyikan...
.
maka berkerumun peserta berlari mendapatkan gula-gula... ada yang meniarap... ada yang memanjat... tolak menolak... tak ubah seperti semut gila terjumpa gula...






Friday, 29 March 2013

Fungsi Handphone yang Kita Tidak Tahu...

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -


 





Wednesday, 27 March 2013

Kenapa Tiba-tiba Masuk.....

Haa, jangan nak pikir bukan-bukan. Ni cite pasal belajar je okey..kehkeh :p



Saturday, 9 March 2013

New GAME: Frisbee :D

learned a new game today: FRISBEE! with two handsome coaches. hihi :p

eh, ape tu Frisbee? binatang apekah? haa, frisbee ni macam roti canai versi keras punya! Kalau lembik, macam mana nak main-main kan. Baik kerja je kat kedai roti canai tu.hehe


Friday, 1 February 2013

Doa Selepas Solat



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


Wednesday, 16 January 2013

Bagaimana Yahudi Boleh Bijak??


by: Dr Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.



Friday, 28 December 2012

Friday, 14 December 2012

Bicara Anak Seni: Afdlin Shauki

Ramai yg bertanya kepada aku "Macammana Gaza bang?" Dan aku sedar yang aku terpinga pinga nak menjawab soalan itu. 

Nak kata "Ok", aku dah tengok kehancuran di sana. 

Nak kata "Tak Ok" aku dah bertemu dengan orang orang yang paling berani, paling peramah, paling mesra, paling bertaqwa, pendek kata orang paling indah di dunia. 

Mereka sentiasa tersenyum apabila menyambut kita setiap kali kita bersua muka dan tak perlulah kita tanya sama ada senyum mereka ikhlas atau tidak kerana tidak ada kesinisan di jiwa mereka. Raut wajah mereka membayangkan satu ketenangan yang sangat saya rindui. 

Ketenangan yg terpapar di seluruh Gaza. 

Walaupun serpihan bom merata rata, aku rasa seperti seorang anak kecil yg dijaga oleh ibunya. Selamat dan di sayangi. 

Hidup mereka hanya untuk mencari keredhaan Allah, untuk dekat dengan-Nya. Walaupun begitu mereka bukan sahaja duduk di masjid-masjid, mereka aktif di kota yg mereka cintai, sentiasa berusaha memperbaiki keadaan ekonomi palestine, memperbaiki kehidupan rakyat palestin. 

Sesungguhnya pada ketika ini mereka tak ada masa depan, jika kita mengikuti ukuran kejayaan kehidupan kita di Malaysia. Tapi mata ku tidak melihat seperti dulu. Aku cakap pada isteriku setiba aku kembali ke negara yang aku cinta ini, Mata aku dah lain, telingaku dah lain, lidahku dah lain dan hatiku dah lain. Aku melihat benda yg sama tapi aku tak nampak benda yang sama lagi. 

Apa guna kejayaan dan kekayaan jika tak ada Allah di sisi kita. Pada masa yg sama kejayaan kita akan lebih bermakna dan di berkati jika Dia bersama di sisi. 

Aku bukan orang alim, aku tak boleh nak quote ayat ayat quran untuk mengajar tetapi sekarang keredhaan dan keimanan yg aku cari dan akan terus aku perolehi. 

Kalau orang Palestin boleh sentiasa bersifat positif walaupun ditindas dan di tekan oleh israel, Aku pun mahu jadi positif mencari kebaikan dlm sesama umatku, aku akan buat yg terbaik untuk menghabiskan saki baki hidup aku sebagai seorang yg sentiasa membuat kebaikan untuk sesama saudaranya dan paling utama mendapat keredhaan Allah. 

Kita bantu rakyat kita yg memerlukan kerana sini bantuan boleh di hantar dgn segera dan ramai yang boleh melakukannya akan tetapi Palestin akan menjadi perjuangan jangka masa panjang aku. Seperti sahabatku sebelum ini aku pun dah jatuh cinta dgn bumi itu dan org orgnya. Insyaa allah aku akan kembali ke bumi barakah itu tak lama lagi. 

Aku Afdlin Shauki. Aku masih lagi anak seni. Aku masih akan menghiburkan selagi termampu, tetapi seniku bukan kosong, seniku mungkin bukan untuk semua tetapi seniku akan ada kebaikan untuk masyarakat dan manusia sejagat.


Sunday, 25 November 2012

Taharah: Mandi Wajib

nota ringkas daripada rancangan "30 minit Ustaz Don" tajuk "Taharah: Mandi Wajib"

Antara sebab-sebab perlu mandi wajib ialah:
1) bersetubuh
2) mengeluarkan air mani
3) mati
4) haid
5) nifas
6) wiladah

Cara-cara mandi wajib:

terdapat 2 Rukun (fardhu) sahaja iaitu: NIAT & MERATAKAN AIR

1) NIAT apabila air tekena pada anggota badan
"Nawaitu raf'al hadasil akbari lillahi taala" Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala

boleh baca secara lisan atau di dalam hati

2) MERATAKAN AIR

-wajib menghilangkan najis/ perkara-perkara yang menghalang air kena pada kulit
-ratakan air juga pada rambut panjang (kulit kepala semua kena air)
-ratakan ke seluruh badan (disunatkan mula sebelah kanan 3x, diikuti sebelah kiri)
-wajib duduk mengcangkung dan ratakan air di celah-celah kemaluan (bila berdiri, tidak akan terkena di kawasan yang sulit)


Soalan yang sering ditanya:

1) Bolehkah bersabun sebelum mandi wajib?
Jawapan Ustaz Don: boleh, disunatkan tapi bila ada perkara yang menghalang air kena kulit, maka jadi wajib


2) Adakah perlu berwuduk?
Jawapan Ustaz Don: bahkan sunnah nabi berwuduk sebelum mandi wajib

3) Cara meratakan air
Jawapan Ustaz Don: Dahulukan dan utamakan bahagian badan sebelah kanan (gosok 3x) diikuti bahagian badan sebelah kiri.

4) Selepas mandi wajib, kalau tangan terkena bahagian sulit, adakah batal wuduk?
Jawapan Ustaz Don: kalau menyentuh guna tapak tangan akan batal wuduk, tapi belakang tapak tangan tidak batal. 



boleh rujuk kembali :

sekian, wassalam


Saturday, 10 November 2012

Tika Si Ayah Mendidik Erti Mukmin Sejati


Malam tadi, si kecil bertanyakan mengenai makna soleh kepada ayahandanya. Hari ini, pagi-pagi lagi anak berumur 7 tahun mendapatkan ayahnya.

Anak: "Ayah, malam tadi saya dah hafal makna Soleh yang ayah ajar dari Surah ali Imran ayat seratus empat belas."

Ayah: "Alhamdulillah.."

Anak: "Nak tanya lagi boleh tak?"

Ayah: "Boleh...." ( senyum )


Anak: "Macam mana ya ayah ciri-ciri org Islam yang beriman kepada Allah dan hari akhirat yang sejati?"

Ayah: "Maksudnya, ciri mukmin sejati la ni ya?"

Anak: "Haaa itulah yang saya nak tahu. Boleh tak ayah terangkan dengan paling ringkas sekali macam malam tadi sebab senang saya nak hafal sikit..hee"

Ayah: "Baik. Rasulullah SAW bersabda:

Man Sarrat-hu Hasanatuhu wa Sa'athu Sayyi-a-tuhu fazaalikal mu'min ( ayah ulang bacaan arab sebanyak 10 kali )"

Anak: "Man Sarrat-hu Hasanatuhu wa Sa'athu Sayyi-a-tuhu fazaalikal mu'min. Baik, dah hafal dah ayah. Apa maknanya?"


Ayah:
"Sesiapa yang berasa gembira apabila dia melakukan amal baik dan berasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri mukmin sejati."

Anak: "Wahhh! ( mata si anak bersinar-sinar macam ada bintang-bintang dalam mata )

Ayah: "Hafal pastu bagitau ummi pula ya :) "

Anak: "Baik! Terima kasih ayah!" ( cium tgn ayah lama-lama kemudian berlari-lari menuju ke arah umminya )

Dalam hati si ayah, berdoa sekali lagi moga-moga anaknya tidak hanya menampakkan minat pada agama di masa kecil sahaja, tetapi berterusan hingga akhir hayatnya. Aamiiiin.


Wednesday, 24 October 2012

Jangan tunggu hingga muncul pelangi

Usah menanti pelangi muncul setelah hujan. Kadang-kadang ia muncul setelah hujan panas. Adakalanya hujan panas pun masih tidak muncul. Adakalanya tidak hujan pun tiba-tiba ada di langit. Pelangi yang muncul dari eksperimen sains teknik semburan air halus ke arah cahaya matahari, pastinya tidak seindah pelangi Tuhan. Dengan kata lain, pelangi muncul tidak menentu. Pelangi buatan pula tidak begitu mengujakan.

Begitu juga kita. Jangan letak harapan dan tunggu harapan itu jadi kenyataan dengan sendiri. Jangan tunggu sehingga hilang total rasa duka dan kecewa, barulah nak buat sesuatu. Bertindaklah. Jika nak sesuatu, maka usahakanlah sesuatu. Jika 'luka', mulailah 'berubat'. Jangan hanya harapkan masa yang mengubat luka, masa yang jadikan sesuatu itu berlalu. Jika gagal, maka bangkitlah perlahan-perlahan. Jangan tunggu masa berlalu begitu sahaja dengan bermenung dan kecewa. Jika terluka, sedih, kecewa, jangan meningkat umur baru menyesal berduka terlalu lama. Jangan buang masa.

Bila gagal, bila sedih, bila duka, bila kecewa, Allah telah bagi solusinya. Gagal maka carilah Dia melalui solat dan sabar. Hati luka, hati tak tenang, carilah Dia di sepertiga malam dengan tahajjud dan bertasbih. Jika tak tahan dengan hidup, maka berzikirlah dan berselawatlah. Itu anjuran Allah. Cadangan dari Allah sendiri terus kepada hambaNya.

Sekali lagi.
Jangan tunggu hingga muncul pelangi.
Kau harus segera berdiri, bangkit kembali!
Bertatih dan berlari kembali bersama Ilahi!


Tuesday, 23 October 2012

Adab Menghadap Kekasih Hati

Pernah tak anda menghadapi situasi ini? Sedang asyik belajar atau melakukan kerja di pejabat, anda terdengar azan berkumandang. Walaupun anda sedar yang sepatutnya anda meninggalkan kerja dan segera bersiap untuk solat, anda terasa berat untuk berhenti rehat seketika.

Anda fikir, 'Aku nak habiskan kerja ni dulu. Tinggal sikit lagi ni. Selepas tu aku solat lah.' Sejam kemudian, ketika waktu solat hampir habis, anda mendapati kerja anda masih belum siap dan solat masih belum dilaksanakan.

Sebenarnya, bukan mudah untuk menjaga solat. Bukan mudah, sebab perlukan mujahadah. Jadi apa yang boleh kita buat? OK, cuba kita bayangkan waktu solat itu sebagai waktu kita ber'dating' dengan Allah SWT, cinta pertama dan utama kita.

Apa? Tak pernah ada pengalaman ber'dating' sebab belum berkahwin?

Cuba bayangkan anda akan bertemu kekasih-jantung-buah-hati ataupun ahli keluarga tersayang. Mesti anda berdebar-debar, pakai baju cantik-cantik, bersiap awal dan rasa tak sabar nak bertemu dengan orang itu, kan?

Tak boleh juga?

Jangan risau. Mereka yang tak pernah ber'dating' di luar sana, cuba kita bayangkan solat itu sebagai sebuah mesyuarat. Saya pasti ramai yang pernah hadiri apa-apa bentuk mesyuarat, kan? Mesyuarat Agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa program dan lain-lain lagi.



Perasan tak, kita boleh menjaga adab-adab ber'dating' dan bermesyuarat dengan manusia lebih baik daripada adab dengan Pencipta? Mari saya senaraikan adab-adab tersebut:



Tampil bersih, berwangi-wangian dan memakai pakaian yang cantik

Cuba keluar rumah tak gosok gigi, tahi mata dan air liur basi menghiasi muka, agak-agak ada tak orang nak tengok kita? Tentu kita rasa malu. Maka, kita perlu fikir perkara yang sama apabila kita menghadap Tuhan. Kalau kita takut orang bau nafas mulut kita yang tak sedap itu, cuba kita amalkan gosok gigi setiap kali sebelum solat juga.

Kalau nak keluar rumah, biasanya kita colet minyak wangi, sembur minyak wangi sebotol dan gosok setiap inci pakaian kita. Kalau menghadap Allah kita macam mana pula? Tentulah kita perlu mempraktikkan benda yang sama juga.





Hadir di awal waktu

Kita selalu tepati waktu mesyuarat sebab kita tak nak buat orang lain tertunggu-tunggu. Mungkin orang itu akan marah dan kecewa terhadap kita. Hmm... Cuba bayangkan, betapa sabarnya Allah dengan kita selama ini. Berapa kali kita solat di awal waktu?


Tumpukan perhatian


"Alaa, awak ni kenapa? Sayang ada depan mata awak, tapi fikiran awak kat tempat lain. Ish, bencilah!"

Kalau fikiran kita melayang sewaktu ber'dating' dengan makhluk bernama manusia pun akan dimarahi. Bayangkan kalau fikiran kita melayang sewaktu ber'dating' dengan Pencipta. Dah lah tak sampai lima minit waktu yang diluangkan untuk solat, fikiran pun entah ke mana tak tumpu pada bacaan. Hmm... Yok periksa sama-sama. Cuba kita fahamkan bacaan dalam solat...



Tenang dan tidak tergesa-gesa

Apabila berada dalam mesyuarat, ada tak kita tergaru-garu, bergerak lebih-lebih depan orang ramai? Sekalipun ada semut gigit, mesti kita cuba tahan, bukan? Kalau kita boleh luangkan masa yang lama dalam mesyuarat sampai dua, tiga jam tidak tergesa-gesa, mari cuba tidak tergesa-gesa dalam menyempurnakan solat.


Tak akan ke mana urusan dunia, inikan pula kalau kita tergesa-gesa untuk hiburan semata. Sama-sama kita periksa balik, OK?

Banyakkan berkomunikasi

Salah satu tips untuk kita lebih dekat dengan seseorang adalah dengan meluangkan masa yang banyak dengan mereka. Barulah kita dapat kenal hati budi, perangai, citarasa mereka. Sama juga halnya kalau kita nak lebih rapat dengan Tuhan kita.

Banyakkanlah solat sunat dan membaca Al-Quran. Sebenarnya, semakin banyak masa yang kita luangkan untuk Allah, semakin kuat kebergantungan kita kepadaNya. Adulah semua perkara kepada Allah. Bisikkan kata-kata pujian kepadaNya. Semua ini akan kembali kepada kita, Allah tak pernah rugi apa-apa pun sekiranya kita beriman atau tidak. Kitalah yang akan rugi sebenarnya kalau kita sia-siakan masa kita dengan perkara-perkara lagha.



Baca surat cinta

Kalau kita jatuh hati pada seseorang, meminati seseorang, mesti kita akan selalu terfikir pasal dia, kan? Baca mesej dia berulang kali, 'stalk' Facebook ...senang cerita semua perkara dan perkembangan tentang dia kita nak tahu. Macam mana pula kita dengan Allah?

Bacalah Al-Quran beserta maknanya. Bayangkan Dia sedang bercakap dengan kita. Pelbagai nasihat, peringatan serta janji Allah telah termaktub dalam Al-Quran. Itulah SMS atau surat cinta yang wajib kita baca selalu ;)

Sama-sama kita kuat mujahadah kejar cinta Allah. Setiap manusia akan alami satu fatrah yang membuatkan kita rasa jauh sangat dan lalai mengingati Allah. Biasalah. Perkara itu sangat biasa sebab iman kita selalu naik turun.



Moga dapat istifadah bersama. Yok mujahadah! Wallahu'alam.




sumber: iluvislam.com