Friday, 28 December 2012

Friday, 14 December 2012

Bicara Anak Seni: Afdlin Shauki

Ramai yg bertanya kepada aku "Macammana Gaza bang?" Dan aku sedar yang aku terpinga pinga nak menjawab soalan itu. 

Nak kata "Ok", aku dah tengok kehancuran di sana. 

Nak kata "Tak Ok" aku dah bertemu dengan orang orang yang paling berani, paling peramah, paling mesra, paling bertaqwa, pendek kata orang paling indah di dunia. 

Mereka sentiasa tersenyum apabila menyambut kita setiap kali kita bersua muka dan tak perlulah kita tanya sama ada senyum mereka ikhlas atau tidak kerana tidak ada kesinisan di jiwa mereka. Raut wajah mereka membayangkan satu ketenangan yang sangat saya rindui. 

Ketenangan yg terpapar di seluruh Gaza. 

Walaupun serpihan bom merata rata, aku rasa seperti seorang anak kecil yg dijaga oleh ibunya. Selamat dan di sayangi. 

Hidup mereka hanya untuk mencari keredhaan Allah, untuk dekat dengan-Nya. Walaupun begitu mereka bukan sahaja duduk di masjid-masjid, mereka aktif di kota yg mereka cintai, sentiasa berusaha memperbaiki keadaan ekonomi palestine, memperbaiki kehidupan rakyat palestin. 

Sesungguhnya pada ketika ini mereka tak ada masa depan, jika kita mengikuti ukuran kejayaan kehidupan kita di Malaysia. Tapi mata ku tidak melihat seperti dulu. Aku cakap pada isteriku setiba aku kembali ke negara yang aku cinta ini, Mata aku dah lain, telingaku dah lain, lidahku dah lain dan hatiku dah lain. Aku melihat benda yg sama tapi aku tak nampak benda yang sama lagi. 

Apa guna kejayaan dan kekayaan jika tak ada Allah di sisi kita. Pada masa yg sama kejayaan kita akan lebih bermakna dan di berkati jika Dia bersama di sisi. 

Aku bukan orang alim, aku tak boleh nak quote ayat ayat quran untuk mengajar tetapi sekarang keredhaan dan keimanan yg aku cari dan akan terus aku perolehi. 

Kalau orang Palestin boleh sentiasa bersifat positif walaupun ditindas dan di tekan oleh israel, Aku pun mahu jadi positif mencari kebaikan dlm sesama umatku, aku akan buat yg terbaik untuk menghabiskan saki baki hidup aku sebagai seorang yg sentiasa membuat kebaikan untuk sesama saudaranya dan paling utama mendapat keredhaan Allah. 

Kita bantu rakyat kita yg memerlukan kerana sini bantuan boleh di hantar dgn segera dan ramai yang boleh melakukannya akan tetapi Palestin akan menjadi perjuangan jangka masa panjang aku. Seperti sahabatku sebelum ini aku pun dah jatuh cinta dgn bumi itu dan org orgnya. Insyaa allah aku akan kembali ke bumi barakah itu tak lama lagi. 

Aku Afdlin Shauki. Aku masih lagi anak seni. Aku masih akan menghiburkan selagi termampu, tetapi seniku bukan kosong, seniku mungkin bukan untuk semua tetapi seniku akan ada kebaikan untuk masyarakat dan manusia sejagat.


Sunday, 25 November 2012

Taharah: Mandi Wajib

nota ringkas daripada rancangan "30 minit Ustaz Don" tajuk "Taharah: Mandi Wajib"

Antara sebab-sebab perlu mandi wajib ialah:
1) bersetubuh
2) mengeluarkan air mani
3) mati
4) haid
5) nifas
6) wiladah

Cara-cara mandi wajib:

terdapat 2 Rukun (fardhu) sahaja iaitu: NIAT & MERATAKAN AIR

1) NIAT apabila air tekena pada anggota badan
"Nawaitu raf'al hadasil akbari lillahi taala" Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala

boleh baca secara lisan atau di dalam hati

2) MERATAKAN AIR

-wajib menghilangkan najis/ perkara-perkara yang menghalang air kena pada kulit
-ratakan air juga pada rambut panjang (kulit kepala semua kena air)
-ratakan ke seluruh badan (disunatkan mula sebelah kanan 3x, diikuti sebelah kiri)
-wajib duduk mengcangkung dan ratakan air di celah-celah kemaluan (bila berdiri, tidak akan terkena di kawasan yang sulit)


Soalan yang sering ditanya:

1) Bolehkah bersabun sebelum mandi wajib?
Jawapan Ustaz Don: boleh, disunatkan tapi bila ada perkara yang menghalang air kena kulit, maka jadi wajib


2) Adakah perlu berwuduk?
Jawapan Ustaz Don: bahkan sunnah nabi berwuduk sebelum mandi wajib

3) Cara meratakan air
Jawapan Ustaz Don: Dahulukan dan utamakan bahagian badan sebelah kanan (gosok 3x) diikuti bahagian badan sebelah kiri.

4) Selepas mandi wajib, kalau tangan terkena bahagian sulit, adakah batal wuduk?
Jawapan Ustaz Don: kalau menyentuh guna tapak tangan akan batal wuduk, tapi belakang tapak tangan tidak batal. 



boleh rujuk kembali :

sekian, wassalam


Saturday, 10 November 2012

Tika Si Ayah Mendidik Erti Mukmin Sejati


Malam tadi, si kecil bertanyakan mengenai makna soleh kepada ayahandanya. Hari ini, pagi-pagi lagi anak berumur 7 tahun mendapatkan ayahnya.

Anak: "Ayah, malam tadi saya dah hafal makna Soleh yang ayah ajar dari Surah ali Imran ayat seratus empat belas."

Ayah: "Alhamdulillah.."

Anak: "Nak tanya lagi boleh tak?"

Ayah: "Boleh...." ( senyum )


Anak: "Macam mana ya ayah ciri-ciri org Islam yang beriman kepada Allah dan hari akhirat yang sejati?"

Ayah: "Maksudnya, ciri mukmin sejati la ni ya?"

Anak: "Haaa itulah yang saya nak tahu. Boleh tak ayah terangkan dengan paling ringkas sekali macam malam tadi sebab senang saya nak hafal sikit..hee"

Ayah: "Baik. Rasulullah SAW bersabda:

Man Sarrat-hu Hasanatuhu wa Sa'athu Sayyi-a-tuhu fazaalikal mu'min ( ayah ulang bacaan arab sebanyak 10 kali )"

Anak: "Man Sarrat-hu Hasanatuhu wa Sa'athu Sayyi-a-tuhu fazaalikal mu'min. Baik, dah hafal dah ayah. Apa maknanya?"


Ayah:
"Sesiapa yang berasa gembira apabila dia melakukan amal baik dan berasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri mukmin sejati."

Anak: "Wahhh! ( mata si anak bersinar-sinar macam ada bintang-bintang dalam mata )

Ayah: "Hafal pastu bagitau ummi pula ya :) "

Anak: "Baik! Terima kasih ayah!" ( cium tgn ayah lama-lama kemudian berlari-lari menuju ke arah umminya )

Dalam hati si ayah, berdoa sekali lagi moga-moga anaknya tidak hanya menampakkan minat pada agama di masa kecil sahaja, tetapi berterusan hingga akhir hayatnya. Aamiiiin.


Wednesday, 24 October 2012

Jangan tunggu hingga muncul pelangi

Usah menanti pelangi muncul setelah hujan. Kadang-kadang ia muncul setelah hujan panas. Adakalanya hujan panas pun masih tidak muncul. Adakalanya tidak hujan pun tiba-tiba ada di langit. Pelangi yang muncul dari eksperimen sains teknik semburan air halus ke arah cahaya matahari, pastinya tidak seindah pelangi Tuhan. Dengan kata lain, pelangi muncul tidak menentu. Pelangi buatan pula tidak begitu mengujakan.

Begitu juga kita. Jangan letak harapan dan tunggu harapan itu jadi kenyataan dengan sendiri. Jangan tunggu sehingga hilang total rasa duka dan kecewa, barulah nak buat sesuatu. Bertindaklah. Jika nak sesuatu, maka usahakanlah sesuatu. Jika 'luka', mulailah 'berubat'. Jangan hanya harapkan masa yang mengubat luka, masa yang jadikan sesuatu itu berlalu. Jika gagal, maka bangkitlah perlahan-perlahan. Jangan tunggu masa berlalu begitu sahaja dengan bermenung dan kecewa. Jika terluka, sedih, kecewa, jangan meningkat umur baru menyesal berduka terlalu lama. Jangan buang masa.

Bila gagal, bila sedih, bila duka, bila kecewa, Allah telah bagi solusinya. Gagal maka carilah Dia melalui solat dan sabar. Hati luka, hati tak tenang, carilah Dia di sepertiga malam dengan tahajjud dan bertasbih. Jika tak tahan dengan hidup, maka berzikirlah dan berselawatlah. Itu anjuran Allah. Cadangan dari Allah sendiri terus kepada hambaNya.

Sekali lagi.
Jangan tunggu hingga muncul pelangi.
Kau harus segera berdiri, bangkit kembali!
Bertatih dan berlari kembali bersama Ilahi!