Tempat pertama yang dilawati ialah Kilang Satay Hai Seng Hin, destinasi kedua ialah Tokong Foo Ling Kong dan seterusnya ialah Kota Belanda dan Batu Bersurat. Aktiviti Kembara Pulau ini sangat menarik kerana mendedahkan saya kepada beberapa tempat pelancongan menarik. Saya paling terkesan ketika melawat Kilang Satay Hai Seng Hin kerana tidak menyangka keadaan kilang sebegitu teruk. Kilang itu kelihatannya kurang menitikberatkan soal kebersihan dan menyebabkan saya hilang selera untuk membeli makanan laut kering di situ.
Pada sebelah petang, kami diberi masa untuk melakukan persediaan untuk “Malam Kebudayaan”. Aktiviti sukaneka terpaksa dibatalkan kerana hujan turun dengan lebat pada petang itu. Kumpulan saya mengambil peluang itu untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk persembahan pada malam nanti. Kumpulan saya telah memilih untuk melakukan lakonan beserta nyanyian. Hal ini secara tidak langsung merapatkan hubungan kami dalam satu kumpulan.
Makan malam hari ini paling istimewa kerana kami dapat menjamu makanan laut yang di-BBQ. Pelbagai jenis makanan laut disediakan seperti ketam, ikan pari, sotong, ikan, ayam dan juga nasi goreng. Pada malam ini juga diadakan satu majlis kejutan meraikan hari lahir dua orang peserta yang lahir pada 5hb September dan 6hb September. Para pensyarah menyediakan satu kek untuk meraikan hari yang bermakna ini.
Selepas makan malam, kami berkumpul di dewan untuk mempersembahkan persembahan kami. Semua kumpulan telah melakukan satu persembahan yang menarik dan saya sangat terhibur pada malam ini. Kumpulan Merah memenangi sebagai kumpulan persembahan terbaik diikuti oleh kumpulan Hijau, Kuning dan akhir sekali Biru. Walaupun kumpulan saya kalah, tetapi kami tidak menganggapnya satu tekanan malahan kami menjadikannya satu pengalaman yang manis buat kami semua.
Kemudian, setiap wakil dari setiap kumpulan membentangkan refleksi yang didapati sepanjang aktiviti Kembara Pulau pada siang hari. Pertukaran Kem Komander juga telah dilaksanakan dengan perlantikan Kem Komander yang baru.
Aktiviti pada hari ini ditamatkan dengan permulaan kawalan malam yang dikendalikan oleh AJK keselamatan. Secara keseluruhan, aktiviti pada hari ini berjalan dengan sempurna kecuali aktiviti sukaneka pantai yang terpaksa dibatalkan atas sebab hujan lebat.
**will be continue.. hihi ;)


.jpg)
.jpg)









No comments:
Post a Comment