Baca poster tu? Ye ye, betul lah tu. Saya berkesempatan follow kursus kawen yg dianjurkan di IPDA dan sekarang saya already graduate dari berkursus kawen lah. hihi. Alhamdulillah.. Pegi kursus kawen ni bukannya bermaksud saya nak kawen sekarang, tapi saja untuk persediaan awal.. Yelah kan, nak membina rumah tangga yang kekal hinggga ke syurga mestilah ready banyak ilmu dari sekarang, ye dak? ;)
So, suka saya nak mengalakkan kawan-kawan sebaya or yang muda-muda ni, pergilah kursus kawen awal-awal.. Niat nak menimba ilmu lah. Memang bosan kena menadah telinga selama 2 hari, tapi apa kata buang mindset bosan tu. Alang-alang kena jugak ikut sampai 2 hari, biarlah masa yang terluang tu bermanfaat. Timbalah ilmu sebanyak-banyaknya dengan penceramah-penceramah tu. Diorang tu orang berpengalaman, dah tau macam-macam kes rumahtangga.
Jadi, cedoklah ilmu tu dengan hati yang terbuka :)
![]() |
| Jadual Kursus Kahwin :) |
Di sini saya nak mengulas serba sedikit ilmu yang saya dapat dari kursus pra perkahwinan selama dua hari ni. Untuk slot pertama pengisian serba sedikit tentang akidah & ibadah daripada Syeikh Ahmad Shukri. Syeikh takdelah cerita terlalu terperinci pasal akidah & ibadah tapi lebih menjurus kepada berkongsi pengalamannya handle pasangan-pasangan yang bermasalah dan tak lupa bagi juga tips-tips kebahagiaan rumahtangga :)
Satu persoalan yang Syeikh utarakan, "Kenapa orang dulu-dulu perkahwinannya kekal? Padahal diorang tak kenal pun satu sama lain sebelum ni."
Sebabnya diorang kahwin berdasarkan hati dan budi. Lain pula zaman sekarang, ramai yang lebih pentingkan rupa dan harta. Sebab tula banyak masalah.
Kata Syeikh, selalulah berdoa agar kita sempat mengecapi kebahagiaan di dunia dan sempat juga berjodoh dengan jodoh yang soleh/solehah. InsyaAllah.. Allahumma Aamiin..
Saya juga ada belajar serba sedikit mengenai prosedur perkahwinan. Syeikh Azahari yang membentangkan tajuk ni menasihatkan sebelum melangkah alam perkahwinan tu, pastikan dulu:
- Cukup persediaan ilmu rumahtangga, ilmu agama
- bersedia dari kesihatan tubuh badan
- sihat akalnya
- ekonomi yang baik
Bagi prosedur perkahwinan, kena isi dulu borang permohonan kebenaran berkahwin. Kebiasaanya kalau kahwin dengan pasangan luar daerah atau luar negeri, ambil masa lama sikit sebab nak dapatkan juga kebenaran berkahwin di luar kawasan. Syeikh kata mungkin dalam 3 bulan. Jadi yang kawen dengan pasangan yang lain negeri or daerah, kena prepare awal-awal lah kalau nak bernikah dalam masa terdekat. hehe ;)
Tu jela kot setakat ni. Kalau nak cite satu-satu memang berjela-jela laa kan..tak sempat dah..hehe. Pegi lah sendiri untuk dapatkan pengalaman dan ilmu tu.. Lagi pulak sekarang ni dah start Study Week. So, nak kena mula study lah. Doakan saya ye.. :)
Sekian saja dari saya, nasihat saya buat kawan-kawan;
Cinta itu cuma perlu di hulur dan di sambut bila diri tu betul-betul mantap dengan ilmu rumahtangga. barulaa rumahtangga#tillJannah ;)






No comments:
Post a Comment