Ikuti laporan dari saya.. *jeng jeng ;)
![]() | ||
| Kasut sukan air yg umi belikan waktu melancong di Langkawi.
*kiut miut kan? jgn jeles. hewhew
|
Pada 3hb September baru-baru ni, kami semua berkumpul di hadapan Bangunan Gerko IPG Kampus Darulaman pada pukul 7.30 pagi dan berada dalam kumpulan masing-masing iaitu kumpulan Biru, Merah, Kuning dan Hijau. Saya berada dalam Kumpulan Biru yang dianggotai oleh pelbagai kaum seperti Melayu dan Cina daripada ketiga-tiga kelas. Kami mendaftar dan diberi taklimat oleh pensyarah pembimbing sebelum bertolak. Pada masa ini, buku program bagi Program Sukan dan Rekreasi 2012 serta tag nama telah diagihkan kepada semua peserta.
Selepas itu, pemilihan Kem Komander telah dilaksanakan dan seorang peserta telah dilantik sebagai Kem Komander yang pertama. Tugasnya adalah untuk menjaga kebajikan semua peserta dan ketua untuk memantau segala aktiviti yang kami jalankan adalah selamat dan lancar. Kami bertolak dengan menaiki dua buah bas pada pukul 8.30 pagi dan tiba di Jeti Lumut pada pukul 2.00 petang.

![]() |
| Terminal Jeti Lumut |
Selepas itu, kami menaiki feri pada pukul 3.30 petang dengan tambang hanya RM10 pergi balik. Murah kan? ;)
Kami tiba di Jeti Pulau Pangkor kira-kira setengah jam selepas itu. Kemudian, kami dibahagikan kepada 10 orang dalam satu kumpulan untuk menaiki teksi ke Pangkor Village Beach Resort.
Setibanya di sana, kami dikehendaki berkumpul di tapak perkhemahan mengikut kumpulan khemah masing-masing untuk memulakan pembinaan khemah. Saya sangat teruja melihat tapak perkhemahan kami begitu hampir dengan pantai kerana saya amat menyukai suasana di pantai.
Seterusnya, kami minum petang dan diberi masa untuk membuat pengurusan diri dan menunaikan solat Jamak dan Qasar – Maghrib dan Isyak. Setelah selesai dan makan makan, kami berkumpul di Dewan Pangkor Village Beach Resort untuk taklimat dan tayangan gambar dan refleksi sepanjang hari ini oleh AJK dokumentasi.
Seterusnya, kami diberikan taklimat mengenai aktiviti yang akan berlangsung pada keesokan hari oleh pensyarah dan AJK aktiviti. Aktiviti pada hari ini ditamatkan dengan permulaan kawalan malam. Secara keseluruhannya, hari pertama berjalan dengan lancar kerana kebanyakkan aktiviti mengikuti tentatif program yang dirancangkan.

**will be continue.. hihi ;)

.jpg)

.jpg)

No comments:
Post a Comment