Friday, 12 October 2012

Perihal Jodoh



Duhai teman,
Telah berpesan seorang hamba Allah:Jangan tersilap memberi hati pada insan yang tak sudi..Kepada insan yang tak mengerti..Kerana sekali engkau memberi, Selamanya dia bermukim di hati..Dan bila sekali engkau dilukai, Sampai mati akan engkau ingati..Pesan lagi pada diri, Hati² kala memberi hati..


Sebab ia hanya layak untuk insan yang tahu menghargai..
Betapa tingginya nilai sekeping ♥ H.A.T.I ♥

Maka dengarkan jua pesananku duhai teman,
Yang bernama hati itu sensitif sekali..
Walau tidak memberi, Namun masih bisa disakiti..
Jangan engkau meletakkan harapanmu terlalu tinggi..
Kerana dibimbangi kelak akan merana sendiri..
Begitu juga dalam berhati² untuk memberi hati..

Biar berpijak di bumi realiti, Jangan sampai menzalimi diri sendiri..
Nanti sampai ke sudah engkau tidak beristeri / bersuami, Bimbang kelak taqdirmu engkau sesali..

Telah berpesan Ustaz Wan Zawawi Jusoh:-

“Untuk mendapat jodoh yang baik, maka anda haruslah berusaha sehabis baik untuk berubah ke arah kebaikan kerana Allah.."

Biarpun jodohmu sekarang mungkin bukan yang terbaik, jangan pernah menyalahkan takdir tetapi berusahalah, jangan putus harapan..

Biarpun merubah orang ke arah kebaikan terkadang makan masa yang lama = bukan sejam / sehari dua tapi mungkin bertahun..

Maka itu kekallah istiqamah (tetap di jalan kebenaran dan kebaikan) kerana Allah pasti tidak akan memungkiri janji-Nya sepertimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 26:

"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

Dan ketahuilah duhai teman,
Mendapatkan jodoh itu bukanlah semudah yang engkau fikirkan...
Hingga terkadang sukar ketemu sebagaimana engkau impikan..
Lantaran hidup itu suatu perjalanan diranjau ujian..

Dan ujian itu pula adalah sebahagian dari ketentuan yang Allah taqdirkan ! :)


Tuesday, 9 October 2012

Pengalaman Join Kursus Kahwin :)


Baca poster tu? Ye ye, betul lah tu. Saya berkesempatan follow kursus kawen yg dianjurkan di IPDA dan sekarang saya already graduate dari berkursus kawen lah. hihi. Alhamdulillah.. Pegi kursus kawen ni bukannya bermaksud saya nak kawen sekarang, tapi saja untuk persediaan awal.. Yelah kan, nak membina rumah tangga yang kekal hinggga ke syurga mestilah ready banyak ilmu dari sekarang, ye dak? ;) 

So, suka saya nak mengalakkan kawan-kawan sebaya or yang muda-muda ni, pergilah kursus kawen awal-awal.. Niat nak menimba ilmu lah. Memang bosan kena menadah telinga selama 2 hari, tapi apa kata buang mindset bosan tu. Alang-alang kena jugak ikut sampai 2 hari, biarlah masa yang terluang tu bermanfaat. Timbalah ilmu sebanyak-banyaknya dengan penceramah-penceramah tu. Diorang tu orang berpengalaman, dah tau macam-macam kes rumahtangga. 
Jadi, cedoklah ilmu tu dengan hati yang terbuka :)

Jadual Kursus Kahwin :)

Di sini saya nak mengulas serba sedikit ilmu yang saya dapat dari kursus pra perkahwinan selama dua hari ni. Untuk slot pertama pengisian serba sedikit tentang akidah & ibadah daripada Syeikh Ahmad Shukri. Syeikh takdelah cerita terlalu terperinci pasal akidah & ibadah tapi lebih menjurus kepada berkongsi pengalamannya handle pasangan-pasangan yang bermasalah dan tak lupa bagi juga tips-tips kebahagiaan rumahtangga :) 

Satu persoalan yang Syeikh utarakan, "Kenapa orang dulu-dulu perkahwinannya kekal? Padahal diorang tak kenal pun satu sama lain sebelum ni." 
Sebabnya diorang kahwin berdasarkan hati dan budi. Lain pula zaman sekarang, ramai yang lebih pentingkan rupa dan harta. Sebab tula banyak masalah.

Kata Syeikh, selalulah berdoa agar kita sempat mengecapi kebahagiaan di dunia dan sempat juga berjodoh dengan jodoh yang soleh/solehah. InsyaAllah.. Allahumma Aamiin..




Saya juga ada belajar serba sedikit mengenai prosedur perkahwinan. Syeikh Azahari yang membentangkan tajuk ni menasihatkan sebelum melangkah alam perkahwinan tu, pastikan dulu:

- Cukup persediaan ilmu rumahtangga, ilmu agama
- bersedia dari kesihatan tubuh badan
- sihat akalnya
- ekonomi yang baik


Bagi prosedur perkahwinan, kena isi dulu borang permohonan kebenaran berkahwin. Kebiasaanya kalau kahwin dengan pasangan luar daerah atau luar negeri, ambil masa lama sikit sebab nak dapatkan juga kebenaran berkahwin di luar kawasan. Syeikh kata mungkin dalam 3 bulan. Jadi yang kawen dengan pasangan yang lain negeri or daerah, kena prepare awal-awal lah kalau nak bernikah dalam masa terdekat. hehe ;)



Tu jela kot setakat ni. Kalau nak cite satu-satu memang berjela-jela laa kan..tak sempat dah..hehe. Pegi lah sendiri untuk dapatkan  pengalaman dan ilmu tu.. Lagi pulak sekarang ni dah start Study Week. So, nak kena mula study lah. Doakan saya ye.. :)

Sekian saja dari saya, nasihat saya buat kawan-kawan;


Cinta itu cuma perlu di hulur dan di sambut bila diri tu betul-betul mantap dengan ilmu rumahtangga. barulaa rumahtangga  ;)


Friday, 5 October 2012

Erti CINTA ❤

Aku bertanya pada alam semesta tentang erti “CINTA”, lalu satu demi satu mereka menjawab…

Bumi menjawab:

“CINTA adalah hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan akan itu. Ia memang diinjak dan dihinakan, tetapi ia tak peduli. Pikir Cinta hanya memberi, dan itu sajalah inginnya.”

Air menjawab:


“CINTA adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih rasa kesukaan, kerelaan akan keterikatan, kerinduan dan kesenduan, atau samudera kasih yang luas sebagai naungan segala perasaan"

Api menjawab:

“CINTA adalah panas yang membakar segala, ia memusnahkan untuk dapat hidup dan menyala. Demi merasakannya, makhluk rela terbakar dalam amarah dan kedurhakaan.”

Angin menjawab:

“CINTA adalah hembusan yang menebar sayang tanpa tahu siapa tujuannya. Orang bilang ia buta, sebab itu inginnya. Ia tak terlihat, tapi tanpanya segala raga akan hampa.”

Langit menjawab:

“CINTA adalah luasan tanpa batas. Luasnya tiada makhluk yang tahu. Kecuali bahwa cinta itu bahagia yang biru, atau derita kelam yang kelabu"

Matahari menjawab:

“CINTA adalah hidup untuk memberi energi kehidupan dan cahaya harapan. Ia tak akan lelah memberi sampai ia padam dan mati.”

Pohon menjawab:

“CINTA adalah akar yang menopang segalanya. Ia tulus hingga tak perlu terlihat dan dikenal. Tapi ia terus memberi agar batang bahagia tetap kokoh abadi, berbuah dan berbunga indah.”

Gunung menjawab:

“CINTA adalah rasa yang menjulang tinggi. Rasa itu demikian tenang dan menyejukkan. Namun saat gundah, Ia akan meleburkan sekelilingnya dengan lautan lava cemburu yang membara.”

Lalu, Aku bertanya pada CINTA:

“Wahai CINTA, apakah sebenarnya arti dirimu??”





CINTA menjawab:

“CINTA adalah engkau patuh terhadap-Nya, meski kau tak melihat-Nya. Engkau tidak mencium-Nya atau meraba-Nya, tapi engkau patuh karena engkau merasa akan hadir-Nya. Sebab CINTA bukan indera, tapi adalah rasa.”

“CINTA adalah engkau takut akan amarah-Nya, dan takut jika Ia meninggalkanmu. Takut jika Ia tak menyukaimu lagi. Lalu engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat dengannya, bahkan jika engkau harus menderita, atau yang lebih mengerikan dari itu.”

“CINTA adalah engkau menyimpan segala harapan pada-Nya dan tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selamanya. Cinta adalah engkau setia menjadi hamba-Nya, yang engkau hidup untuk-Nya dan mati untuk kesukaan-Nya akan dirimu, hidup dan mati untuk Dia. Engkau berusaha sekerasnya agar engkau diakui, hanya sebagai hamba,.”

“Diatas segalanya, CINTA adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain, selain pada-Nya. Engkau rindu akan hadir-Nya dan melihat-Nya. Engkau suka apa yang Ia sukai dan benci apa yang Ia benci, engkau merasakan segala ada pada-Nya dan segala atas nama-Nya.”

Aku lantas bertanya pada CINTA:

“Bisakah aku merasakannya?”

Sambil berlalu CINTA menjawab:


“Selama engkau mengetahui hakikat penciptaanmu dan bersyukur dengan apa yang Dia beri, maka itu semua akan kau rasakan, percayalah padaku tambahnya….”

Aku pun Berteriak, 


“Wahai KAU SANG MAHA PECINTA terimalah cintaku yang sederhana ini, izinkanlah aku merasakan cintaMu yang Maha Indah…”

باركــ اللّــــہ فـــــــيك


Thursday, 4 October 2012

Hari Terakhir Sukan dan Rekreasi

Pada hari keempat iaitu hari terakhir di Pangkor ni, kami bersiap-siap dan mengemas barang-barang kami. Pembersihan tapak perkhemahan juga dilakukan untuk pulang ke IPG Kampus Darulaman. Semua kumpulan khemah dikehendaki menurunkan khemah masing-masing dan memastikan tapak perkhemahan bersih. 

Seterusnya, kami dikehendaki untuk berkumpul dengan beg masing-masing pada pukul 9.30 pagi untuk menyemak bilangan khemah dan memastikan tiada barangan yang tertinggal. Kami juga membuat tagging pada setiap beg bagi memudahkan urusan ketika naik ke feri nanti.


Selepas itu, kami diberikan peluang untuk mengambil gambar bersama dengan para pensyarah. 




Kemudian, kami bertolak menaiki teksi secara berkumpulan. Kami tiba di Jeti Pulau Pangkor pada pukul 10.30 pagi dan tiba di Jeti Lumut pada pukul 11.00 pagi. Kami diberi kebebasan untuk berjalan-jalan di sekitar Jeti Lumut sementara menunggu ketibaan bas.


Kami bertolak pulang ke IPG Kampus Darulaman pada pukul 1.00 petang dan selamat tiba di sana pada pukul 6.00 petang.

Saya berasa gembira dan lega setelah menyertai Program Perkhemahan Sukan dan Rekreasi 2012 walaupun badan berasa sangat letih. Saya berasa lega hati dan gembira kerana program ini telah dijalankan dengan lancar dan banyak ilmu dan pengalaman baru yang berharga telah diperolehi melalui program sukan dan rekreasi ini.

Walaupun ini merupakan kali pertama saya ditugaskan untuk menjawat jawatan bendahari, tetapi atas bantuan dan kerjasama dengan ahli kumpulan saya dan juga para peserta lain, kewajipan ini telah dipikul dan dilaksanakan dengan lancar dan tidak menimbulkan masalah. Dengan pengalaman ini, saya lebih memahami tentang tugas bendahari dan berkeyakinan diri akan melaksanakan kewajipan ini dengan lebih baik lagi pada masa akan datang jika diberi peluang.

Sebagai kesimpulannya, Program Perkhemahan Sukan dan Rekreasi 2012 telah melatihkan diri semua bakal guru untuk menjadi guru yang bertanggungjawab, bekerjasama, bermoral dan berhemah tinggi. Saya berasa bersyurkur kerana berpeluang melaksanakan dan mengikuti program ini bersama rakan-rakan dan pensyarah dengan lancar dan berjaya.
Alhamdulillah :)


Wednesday, 3 October 2012

Hari Ketiga Sukan dan Rekreasi

Pada hari ketiga, 5hb September 2012, dimulakan dengan acara menaikkan bendera Malaysia dan bendera IPG Kampus Darulaman. Kemudian diteruskan dengan senaman pagi dan semakan bilangan ahli kumpulan oleh Kem Komander. Selepas bersarapan pagi, semua peserta membuat persiapan untuk menjalankan aktiviti kembara Pulau Pangkor. Taklimat pendek telah disampaikan oleh AJK aktiviti dan setiap kumpulan diberikan tugasan yang berbeza.

Tempat pertama yang dilawati ialah Kilang Satay Hai Seng Hin, destinasi kedua ialah Tokong Foo Ling Kong dan seterusnya ialah Kota Belanda dan Batu Bersurat. Aktiviti Kembara Pulau ini sangat menarik kerana mendedahkan saya kepada beberapa tempat pelancongan menarik. Saya paling terkesan ketika melawat Kilang Satay Hai Seng Hin kerana tidak menyangka keadaan kilang sebegitu teruk. Kilang itu kelihatannya kurang menitikberatkan soal kebersihan dan menyebabkan saya hilang selera untuk membeli makanan laut kering di situ.












Pada sebelah petang, kami diberi masa untuk melakukan persediaan untuk “Malam Kebudayaan”. Aktiviti sukaneka terpaksa dibatalkan kerana hujan turun dengan lebat pada petang itu. Kumpulan saya mengambil peluang itu untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk persembahan pada malam nanti. Kumpulan saya telah memilih untuk melakukan lakonan beserta nyanyian. Hal ini secara tidak langsung merapatkan hubungan kami dalam satu kumpulan.





Makan malam hari ini paling istimewa kerana kami dapat menjamu makanan laut yang di-BBQ. Pelbagai jenis makanan laut disediakan seperti ketam, ikan pari, sotong, ikan, ayam dan juga nasi goreng. Pada malam ini juga diadakan satu majlis kejutan meraikan hari lahir dua orang peserta yang lahir pada 5hb September dan 6hb September. Para pensyarah menyediakan satu kek untuk meraikan hari yang bermakna ini.


Selepas makan malam, kami berkumpul di dewan untuk mempersembahkan persembahan kami. Semua kumpulan telah melakukan satu persembahan yang menarik dan saya sangat terhibur pada malam ini. Kumpulan Merah memenangi sebagai kumpulan persembahan terbaik diikuti oleh kumpulan Hijau, Kuning dan akhir sekali Biru. Walaupun kumpulan saya kalah, tetapi kami tidak menganggapnya satu tekanan malahan kami menjadikannya satu pengalaman yang manis buat kami semua.

Kemudian, setiap wakil dari setiap kumpulan membentangkan refleksi yang didapati sepanjang aktiviti Kembara Pulau pada siang hari. Pertukaran Kem Komander juga telah dilaksanakan dengan perlantikan Kem Komander yang baru.

Aktiviti pada hari ini ditamatkan dengan permulaan kawalan malam yang dikendalikan oleh AJK keselamatan. Secara keseluruhan, aktiviti pada hari ini berjalan dengan sempurna kecuali aktiviti sukaneka pantai yang terpaksa dibatalkan atas sebab hujan lebat.
**will be continue.. hihi ;)