Pada hari keempat iaitu hari terakhir di Pangkor ni, kami bersiap-siap dan mengemas barang-barang kami. Pembersihan tapak perkhemahan juga dilakukan untuk pulang ke IPG Kampus Darulaman. Semua kumpulan khemah dikehendaki menurunkan khemah masing-masing dan memastikan tapak perkhemahan bersih.
Seterusnya, kami dikehendaki untuk berkumpul dengan beg masing-masing pada pukul 9.30 pagi untuk menyemak bilangan khemah dan memastikan tiada barangan yang tertinggal. Kami juga membuat tagging pada setiap beg bagi memudahkan urusan ketika naik ke feri nanti.
Selepas itu, kami diberikan peluang untuk mengambil gambar bersama dengan para pensyarah.
Kemudian, kami bertolak menaiki teksi secara berkumpulan. Kami tiba di Jeti Pulau Pangkor pada pukul 10.30 pagi dan tiba di Jeti Lumut pada pukul 11.00 pagi. Kami diberi kebebasan untuk berjalan-jalan di sekitar Jeti Lumut sementara menunggu ketibaan bas.
Saya berasa gembira dan lega setelah menyertai Program Perkhemahan Sukan dan Rekreasi 2012 walaupun badan berasa sangat letih. Saya berasa lega hati dan gembira kerana program ini telah dijalankan dengan lancar dan banyak ilmu dan pengalaman baru yang berharga telah diperolehi melalui program sukan dan rekreasi ini.
Walaupun ini merupakan kali pertama saya ditugaskan untuk menjawat jawatan bendahari, tetapi atas bantuan dan kerjasama dengan ahli kumpulan saya dan juga para peserta lain, kewajipan ini telah dipikul dan dilaksanakan dengan lancar dan tidak menimbulkan masalah. Dengan pengalaman ini, saya lebih memahami tentang tugas bendahari dan berkeyakinan diri akan melaksanakan kewajipan ini dengan lebih baik lagi pada masa akan datang jika diberi peluang.
Sebagai kesimpulannya, Program Perkhemahan Sukan dan Rekreasi 2012 telah melatihkan diri semua bakal guru untuk menjadi guru yang bertanggungjawab, bekerjasama, bermoral dan berhemah tinggi. Saya berasa bersyurkur kerana berpeluang melaksanakan dan mengikuti program ini bersama rakan-rakan dan pensyarah dengan lancar dan berjaya.
Alhamdulillah :)






.jpg)
.jpg)



















.jpg)


.jpg)





